Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berbuka Puasa Dengan Puding Karamel Dan Kuih Lopes

Berbuka Puasa Dengan Puding Karamel Dan Kuih Lopes. Walau berbuka dalam keadaan sederhana, kami tetap bersyukur. Walau berbuka berdua sahaja, ia tetap mengenyangkan. Prinsip kami, makan apa yang ada! Hehe.. lauk pauk dalam peti sejuk tu habiskan dulu baru beli lain. Memang agak jimat dalam bulan puasa kali ini sebab kedua-dua bujang kesayangan kami merantau menuntut ilmu demi sebuah impian abadi. 

Jika anda nak cuba buat kuih lopes tu, boleh cuba resepinya di sini:

Resepi Kuih Lopes Lembut Dan Sedap

Berbuka Puasa Dengan Puding Karamel Dan Kuih Lopes
Kuih lopes yang sudah dicurahkan kuah gula melaka

Puding Karamel tu sedap, lembut dan baunya pun harum je. Memang nak beli lebih tetapi dah tinggal satu je, maka rezekinya dapat satu je la. Lain kali kita beli lagi..


Berbuka Puasa Dengan Puding Karamel Dan Kuih Lopes


Jika diperhatikan gambar di atas, memang menyelerakan sangat kedua-dua pemanis mulut tersebut. Walau disebut kuih, ia paling sesuai dipanggil dessert kerana rasanya yang manis dan agak berkuah. Haha..

Puding karamel tu berharga RM4.00. Manakala kuih lopes 4 ketul berharga RM3.00. Alhamdulillah.

Semua kuih yang dibeli itu amatlah sedap dan lembut. Kuih lopes tu, pulutnya amat lembut dan mudah dikunyah di mulut.

Namun, tak semua bazaar ramadhan yang menjual juadah berbuka puasa akan menyajikan hidangan yang berkualiti. Contohnya, semalam En suami baru beli 8 ketul cempedak goreng pada harga RM10.00. Harga mahal kami tak kisah jika rasanya setaraf harga. Tetapi terkilannya kami bila cempedak goreng tersebut adalah isi cempedak yang masak layu dan telah kering.

Maka, tong sampah tempatnya. Kami cuba makan tetapi memang tak boleh telan. Rasanya pahit dan tawar, iaitu rasa cempedak yang dah rosak!

Diharap di lain kali, penjual cemepdak goreng tersebut tidak mengulangi perbuatannya. Jangan buat perkara yang Allah tak suka, bahaya kesannya.

Renungkanlah!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close