Berbuka Puasa Di Rumah Lebih Selesa. Ada cadangan nak berbuka puasa di luar seperti di hotel, restoran atau berkumpul makan ramai-ramai di padang? Boleh je jika itu yang anda suka dan nak rasai di dalam bulan ramadhan ini. Kerana ada yang suka berbuka ramai-ramai, dengan kekawan dan ahli keluarga yang besar. Tak mengapa. itu pilihan masing-masing. Kat mana pun kita berbuka, yang penting kita berpuasa dengan ikhlas demi menggapai ganjaran yang amat besar dari Allah SWT. Kemudian, usahakan untuk solat Maghrib sesudah itu kerana itu pun kewajipan kita sebagai hambaNya.
Berbuka puasa di luar, contohnya di hotel, memang ada banyak pilihan menu yang boleh kita rasa. Ada juga menu yang jarang jumpa, masa inilah kita nak bedal semua. Hehe.. tetapi ingat, perut yang seharian kosong, jangan di isi dengan makanan berlebihan. Nanti terkejut perut tu, lain pula jadinya.
Berbuka Puasa Di Rumah Lebih Selesa
Namun, jika ditanya pada saya, berbuka puasa di rumah adalah lebih menjadi keutamaan dan pilihan yang terbaik. Bukannya tak pernah berbuka puasa di luar seerti di hotel atau restoran, tetapi berbuka di rumah adalah lebih tenang dan teratur.
Sebelum ini, ketika masih bekerja di sektor perbankan, setiap hari pasti ada saja undangan berbuka puasa di luar. Memang agak terhad masa yang ada terutamanya jika undangan berbuka dilakukan pada hari bekerja. Dengan keadaan jalan yang jammed, mencari parking, mencari tempat duduk dan lepas tu kena berbaris pula untuk mengambil makanan. Itu pengalaman jika berbuka di hotel la..
Contoh hidangan di hotel yang membuka selera |
Bila berbuka di restoran pula, agak okay sikit tetapi adakala hidangan yang dipesan lambat di sediakan. Bila tiba waktu berbuka, makan lah kurma dahulu dengan air masak. Pun ada risikonya kan..
Akhirnya, kami memilih untuk berbuka puasa di rumah saja, makan seadanya, dengan keadaan yang tenang, santai dan tidak perlu berebut-rebut dengan waktu. Hehe.. Makan sikit, kemudian berhenti sebentar, ambil wuduk lalu kerjakan solat Maghrib dahulu. Bila dah siap menghadapNya, boleh sambung makan semula dan sebagainya.
Bukan tak mahu langsung makan atau berbuka puasa di hotel atau di luar lagi, tetapi sekali dalam sebulan tu cukuplah!
Namun lain orang lain citarasanya. Jika mampu dan memang suka persekitaran makan ramai-ramai begitu seperti di hotel, apa salahnya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.