Cara Solat Terawih Ringkas Buat Sendirian Di Rumah. Solat terawih yang mudah ringkas dan sesuai untuk wanita yang tak sempat ke surau atau masjid, boleh buat secara sendirian di rumah. Orang lelaki sebaiknya pergilah ke masjid atau surau namun jika nak buat di rumah boleh juga, berjemaah bersama ahli keluarga.
Semoga azam ramadhan tahun ini nak jadi lebih baik dan meraih rahmat Allah dari malam 1000 bulan akan termakbul.
Semoga kita semua kuat untuk menunaikan puasa dengan ikhlas dan mendapat ampunan pada setiap menjalani puasa kita.
Ramadhan al Mubarak. Datangnya setahun sekali tetapi rahmat, barakah dan ampunan Allah seluas lautan dan bumi. Rebutlah peluang ini wahai muslimin dan muslimat sekalian.
Cara Solat Terawih Ringkas Buat Sendirian Di Rumah
Tarawih berasal daripada perkataan ( تَرْÙˆِÙŠØَØ© ) yang bermaksud berehat.
Dinamakan solat Tarawih kerana orang yang bersolat tarawih ini berehat setiap empat rakaat.
Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.
Waktu untuk mengerjakan solat sunat Terawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit fajar.
Solat ini hendaklah dilakukan dengan dua rakaat dan satu salam.
Dr. Wahbah Al-Zuhaily dalam al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu menyatakan makruh rakaat-rakaat Tarawih ini diselangi dengan solat sunat lain melainkan tawaf sunat.
Solat Sunat Terawih 8 rakaat dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
Cara Solat Terawih 8 Rakaat Sendirian
- Rakaat pertama Surah al-Takathur
- Rakaat kedua Surah al Asr
Selepas salam, membaca doa tertentu dan sambung 2 rakaat lagi.
2. Menyambung sembahyang Tarawih dua rakaat lagi (rakaat ketiga dan keempat). Bacaan surah selepas al-Fatihah
- Rakaat pertama Surah al-Humazah
- Rakaat kedua Surah al-Fil
Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa di bawah ini.
Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda ingkinkan contohnya 8, 16, 20.
Sumber - shafiq qalbu |
- Rakaat pertama Surah Quraisy
- Rakaat kedua Surah al-Ma’un
Selepas salam, membaca doa tertentu dan sambung 2 rakaat lagi.
4. Menyambung sembahyang Tarawih dua rakaat lagi (rakaat ketujuh dan kelapan) Bacaan surah selepas al-Fatihah.
- Rakaat pertama Surah al-Kafi run
- Rakaat kedua Surah al-Nasr
i. Sembahyang Witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul ihram dan satu salam sahaja.
ii. Bagi sembahyang Witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahiyat) awal. ~ Maksudnya, buat terus 3 rakaat sampai habis. Barulah tahiyat akhir dan beri salam.
Bacaan surah selepas al-Fatihah.
- Rakaat pertama Surah al-‘Ala
- Rakaat kedua Surah al-Kafi run
- Rakaat ketiga Surah al-Ikhlas
iii. Mulai malam ke-16 Ramadhan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang Subuh. Jika tidak membaca qunut disunatkan sujud sahwi.
iv. Berzikir atau bertahlil
Seperti biasa selepas sembahyang Witir diadakan tahlil. Terdapat pelbagai cara mengelolakan tahlil ini.
Penjelasan Solat Witir ;
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.” - Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
- Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
- Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir..
4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
- Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
- a) Al-Ikhlas,
- b) Al-Falaq dan
- c) An-Naas.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
Demikianlah cara-cara yang ditunjukkan bagi memudahkan kita menunaikan sembahyang sunat Tarawih dan sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah SWT pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah kepada masing-masing individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri.
Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakaat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya. Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang Tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.
Semoga bermanfaat. Segala kebaikan datangnya dari Allah dan mana yang kurang dan silap adalah kelemahan penulis ini sendiri.
Semoga kita jadi lebih baik selepas ramadhan pergi nanti. Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.