Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dinner Nasi Goreng Chicken Chop

Dinner Nasi Goreng Chicken Chop. Malam tadi belanja makan anak bujang kedua kami yang akan pulang ke asrama. Bagi dia makan apa yang dia nak. Bagi dia happy dengan makanan yang kita suka. Agak-agak apa dia antara makanan kesukaan dia? Siakap 3 rasa? Betul. Itu sudah tentu! Lain-lainnya? Chicken chop! Betul lah tu. Kami bagi dia order chicken chop dengan extra kentang goreng.

Untuk saya dan ayahnya? Dinner kami adalah nasi goreng chicken chop. Tak pernah cuba lagi, tapi pastilah sedap kut. Chicken chop kat restoren ini memang kegemaran kami. Lembut, juicy di dalam dan kelihatan rangup di luar.


Dinner Nasi Goreng Chicken Chop


Chicken chop nasi goreng atau nasi goreng chicken chop. Boleh je mana yang senang di sebut.

Dinner Nasi Goreng Chicken Chop

Nampak tu nasi goreng chicken chop saya? Nasi tu banyak menggunung, manakala ada 2 keping chicken chop yang saiz besar. Lembut, senang nak potong.. senang nak kunyah dan lagi sedap di telan. Nasi goreng tu cina style punya..

Dinner Nasi Goreng Chicken Chop

Dan, chicken chop ini adalah anak punya, tak mahal pun. Harga dalam portion yang banyak baru RM10. Saiz besar-besar, kemudian lembut senang nak kunyah. 

Dan hari ini, si dia dah selamat balik asrama dengan gembiranya setelah berbulan kat rumah kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Semoga semangatnya masih membara dalam menuntut ilmu.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close