Doa Mudah Dapat Kerja. Bagi sesiapa yang sedang mencari kerja, sedang menerima tawaran kerja atau temuduga, saya ada kongsikan doa mudah dapat kerja untuk rujukan dan panduan bersama. Semoga anda dipermudahkan urusan, mendapat pekerjaan yang diidamkan dan akhirnya dapat berbakti pula kepada orang-orang tersayang.
Dalam keadaan sekarang, agak sukar nak mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kita. Calon dengan kelulusan yang terbaik ramai pulak tu, sesiapa yang memiliki kelebihan tersendiri daripada calon lain, dialah yang akan menang! Namun, selain berusaha sedaya mungkin, jangan tinggalkan doa mudah dapat kerja seperti di bawah.
Doa Mudah Dapat Kerja
Doa mudah dapat kerja dalam rumi:
Rabbi inni limaa anzalta ilaiya min khoirin faqeer
Maksudnya;
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu faqir dan amat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan padaku. - surah al Qasos, ayat 24
Allah yang Maha Kaya! Kita ni fakir miskin di dalam luasnya bumi milik Allah ini. Maka, semoga dengan doa ini di mana kita merayu dan menghambakan diri kepada Allah, Dia akan mengurniakan kita dengan nikmat rezekinya.
Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.