Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kronologi Tragedi Kapal Selam KRI Nanggala-402, Sah Karam Di Laut Bali

Kronologi Tragedi Kapal Selam KRI Nanggala 402, Sah Karam Di Lautan Bali. Pada mula kejadian, pihak tentera laut Indonesia menyatakan kapal selam tersebut tenggelam pada kedalaman 850 meter. Berita yang agak menggemparkan negara-negara Asean lewat hari ke 9 umat islam melaksanakan ibadah puasa ramadhan 1442H. Kapal selam KRI Nanggala 402 baru saja mendapatkan kebenaran berlepas selepas terus hilang dari radar. 

Kejadian yang berlaku pada malam hari 21 April 2021 itu dipercayai terputus hubungan ketika sesi latihan dan hilang di perairan berhampiran pantai utara Bali, Rabu lalu.

Kapal selam buatan Jerman pada 1978 itu mempunyai berat 1.39 tan dengan dimensi panjang 59.5 meter, lebar 6.3 meter serta tinggi 5.5 meter.

Dalam perkembangan lain, bekalan oksigen kapal selam itu dilaporkan hanya boleh bertahan selama 72 jam iaitu sehingga awal pagi Sabtu.

Jurucakap tentera Indonesia, Yudi Margono berkata, bekalan oksigen kapal selam itu tidak mampu bertahan lama susulan bekalan tenaga yang terputus.

Kronologi Kapal Selam KRI Nanggala 402 Dipercayai Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter


Kronologi Tragedi Kapal Selam KRI Nanggala 402 DiSahkan Tenggelam Di Lautan Bali


Kronologi kapal selam KRI Nanggala 402 yang dipercayai tenggelam:

21/4/2021 - Kapal selam Indonesia buatan Jerman dibeli pada tahun 1978, KRI Nanggala 402 terputus hubungan dengan pusat kawalan ketika sesi latihan. Turut bersama adalah 53 orang anak kapal di dalamnya.

Kapal selam buatan Jerman itu membawa 53 anak kapal dilaporkan terputus hubungan selepas melakukan latihan torpedo.

3.46 pagi - KRI Nanggala melakukan penyelaman

4.00 pagi - Bersiap sedia melakukan penembakan torpedo

4.25 pagi - KRI Nanggala terputus hubungan selepas mendapat arahan kebenaran penembakan

Kedudukan terakhir ialah 23 batu nautika di utara Pulau Bali

22 April 2021 - Komander tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto sahkan pasukan mencari mengesan tumpahan minyak di lokasi selaman kapal berkenaan

TLDM menghantar bantuan, Kapal Mega Bakti dijangka tiba pada 26 April bagi membantu mengesan kapal selam berkenaan

23/4/2021 - Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesan isyarat satu objek dengan kemagnetan tinggi ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali

Bagaimanapun, tompokan minyak yang dikesan di kawasan kapal itu menyelam memberi petunjuk mengenai kemungkinan kerosakan tangki minyak sekali gus boleh menyebabkan bencana besar.

Selain itu, ada kemungkinan kapal berkenaan tenggelam pada kedalaman sehingga 700 m - paras di mana ia tidak mampu bertahan.

Dalam pada itu, Indonesia memperhebat operasi SAR ketika bekalan oksigen dalam kapal berkenaan dijangka hanya bertahan sehingga pagi esok (sabtu - 24 April).

Ia membabitkan pelbagai aset ketenteraan dan agensi penguat kuasa negara itu.

Selain itu, operasi mendapat bantuan daripada pelbagai negara termasuk Malaysia dan Singapura yang masing-masing menghantar kapal penyelamat kapal selam.

Kronologi Kapal Selam KRI Nanggala 402 Dipercayai Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter

24/4/2021 - Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa tenggelam susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak.

Menurut Panglima Tentera Indonesia (TNI), Panglima Hadi Tjahjanto ia ditemui di permukaan sekitar kawasan pencarian.

24/4/2021 - Pesawat P-8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tiba di Bali, hari ini bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang hilang sejak Rabu lalu.

Turut menghantar bantuan menyelamat adalah Malaysia, Singapura, India dan Australia.

Sekurang-kurangnya enam kapal, helikopter dan 400 anggota penyelamat terbabit dalam pencarian itu.

"Pagi tadi, merupakan tempoh terakhir bekalan oksigen di Nanggala selama 72 jam."

Kronologi Kapal Selam KRI Nanggala 402 Dipercayai Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter

25/4/2021 - Tentera Nasional Indonesia mengesahkan kapal selam tersebut tenggelam berdasarkan penemuan beberapa serpihan dan kesan tumpahan minyak milik KRI Nanggala-402.

Bagaimanakah dan adakah kapal selam KRI Nanggala - 402 dan anak kapal dapat ditemui secepat mungkin walau dalam keadaan apa sekalipun?

Terkini!!

PM Indonesia Joko Widodo sahkan bahawa kapal selam KRI Nanggala 402 karam di lautan Bali. Dengan itu juga disahkan bahawa semua 53 anak kapal juga maut dalam tragedi tersebut.

Innalillahiwainna ilaihiroji'un.. 

Sama-samalah kita berdoa agar segala urusan dipermudahkan. "Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah jua."

Rujukan:

Harian metro online
Astro Awani
TV3
Utusan Online
Zayan

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close