Resepi Unga Masak Kuah Asam Untuk Bersahur. Kalau makan sahur kami sekeluarga suka menu yang ada kuah sikit, tak lah setakat makan ayam atau ikan goreng. Bila ada kuah, mata segar sikit kan.. tapi itu semua terpulang kepada citarasa masing-masing.
Pada kali ini, saya nak share resepi bersahur yang segar iaitu unga masak kuah asam. Mudah sangat nak buat, anda hanya hiris bahan-bahan dia, dah siap!
Resepi Unga Masak Asam Untuk Bersahur
Bila dapat makan lauk ikan unga masak kuah asam, sedap dan segar je hirup kuah dia. Memang pembuka selera betul..
Bahan-bahan:
2 ketul ikan unga - dibersihkan
1 biji bawang besar - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 inci halia - hiris nipis
5 tangkai cili hidup @ cili padi
2 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Serbuk perisa, jika suka
Minyak untuk menumis
Cara memasak Unga Kuah Asam Untuk Bersahur
1. Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan sekali asam jawa.
2. Kemudian tuangkan 2 gelas air. Kacau sekejap. Kalau nak kuah lebih, boleh tambah air lagi
3. Bila dah mendidih, masukkan ikan unga yang telah dipotong dan dibersihkan tadi
4. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa
5. Jika suka, taburkan daun sup sebagai hiasan
Selamat mencuba resepi Unga Masak Asam Untuk Bersahur, yang sebenarnya sesuai juga menu ini dihidangkan ketika berbuka atau pun hari biasa.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.