Sotong Masak Kunyit Dengan Daun Limau Purut. Ini lah lauk makan sahur kita orang pagi tadi. Lauk yang simple tapi cukup membuka selera. Sekali masak terus habis. Walau simple tapi En suami makan bertambah. Syukur alhamdulillah..
Dalam perut sotong, terdapat pula telur di dalamnya. Apa lagi, makin tambah sedaplah sotong masak kunyit saya ni.. hehe
Sotong Masak Kunyit Dengan Daun Limau Purut
Bahan-bahan:
3 ekor sotong saiz besar - hiris nipis1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili padi - hiris
2 inci halia - hiris
3 keping daun limau purut
Garam dan gula secukupnya
2 sudu makan serbuk kunyit
Cara masak sotong goreng kunyit dengan daun limau purut
1. Rebus sekejap sotong bagi dia lembut. Kemudian toskan. Gaulkan dengan kunyit. Ketepikan.
2. Tumis semua bahan hiris sampai naik bau. Kemudian masukkan sotong yang telah digaul dengan kunyit tadi. Gaul rata.
3. Masukkan daun limau purut, garam dan gula, jika suka.
4. Angkat dan hidangkan. Makan dengan nasi panas-panas pun dah cukup
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.