Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Surah Terakhir Yang Dibaca?

Surah Terakhir Yang Dibaca? Sudahkah anda membaca al Quran hari ini? Sementelah dalam bulan ramadhan, kita memang disuruh untuk menggandakan bacaan al Quran, tak kiralah waktu malam atau pun siang. Membaca al Quran ni boleh dilakukan di mana-mana samada dalam kereta, di tempat kerja, di rumah dan sebagainya. Dan, kita mestilah dalam berwudhuk jika mahu menyentuh, membaca atau membawa al Quran. Namun jika membaca surah-surah lazim yang dibiasakan seperti zikir atau doa, tak ada wudhuk pun tak apa. Kita sebab dah hafal dan membacanya tak perlu pegang al Quran pun. Wallahu'lam.

Agaknya apa surah kegemaran anda semua? Bagi setiap orang pasti ada surah yang dilazimi di baca, dihafal dan selalu dialun ketika masa sibuk dan masa lapang. Macam saya, surah yang selalu dibaca tentulah al Ikhlas, al Kautsar, al Insyirah dan banyak lagi. Setiap surah ada maksud tersirat yang tersendiri.

Surah Terakhir Yang Dibaca?


Surah Terakhir Yang Dibaca Hari Ini?


Sempat baca al Quran hari ini? Surah apa yang anda baca? Diharap kita semua dapat menghabiskan paling tidak satu muka surat al Quran sambil mendalami maksudnya. Baca perlahan-lahan bukan macam dikejar hantu! Barulah maksud ayat-ayat yang dibaca meresap ke lubuk hati.

Al Quran diturunkan dalam bulan ramadhan. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi s.a.w.

Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar".


Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:

"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"

Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh Nabi s.a.w. Sesetengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.

Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf."

Betapa besar ganjaran yang Allah beri apabila kita membaca al Quran, sstiap satu huruf di berikan dan dikira pahalanya. Subhanallah, beruntunglah orang yang menghabiskan masa lapangnya dengan membaca dan mendalami al Quran. 

Ibadah lain juga kita laksanakan dalam bulan yang mulia ini tetapi jangan dilupakan untuk menjenguk dan menyantuni al Quran, di mana ia akan jadi teman kita di alam kubur dan juga syafaat di hari pembalasan dan penghitungan amal.

Wallahua'lam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close