Akhirnya Dapat Makan Lemang Dengan Rendang Daging. Dah seminggu lebih syawal berlalu. Baru dapat merasa makan lemang dengan rendang daging. Sebab, pada hari raya pertama dulu, lemang sold out. Ada banyak tempat yang jual tetapi tak ada sesedap penjual lemang berdekatan pejabat saya tu. Maka, dengan sabarnya menunggu.
Akhirnya bila syawal dah nak masuk minggu ke dua, barulah ada rezeki makan lemang dari gerai lemang kegemaran saya.
Akhirnya Dapat Makan Lemang Dengan Rendang Daging
Lemang yang dijual ada beberapa jenis dan harga mengikut saiz buluh lemang. Contohnya, lemang paling murah dan saiz kecil dijual pada harga RM14.00.
Paling besar, dijual pada harga RM22 sebatang. Saya beli lemang yang berharga RM16.00 sebab lemang paling besar dah sold out. Masa saya sampai kat gerai jual lemang tu, kereta dah bersusun nak beli lemang gamaknya..
Kena bersabar, tunggu dan akhirnya tiba giliran..
Lihat gambar di atas, rendang daging, lodeh dan nasi impit pun ada. Lodeh tu saya masak lagi atas permintaan bujang bongsu saya yang tak puas makan masa hari raya hari tu..
Secara tak langsung, kami makan menu berasaskan menu hari raya.. hehe
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.