Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Istimewanya Waktu Sahur?

Apa Istimewanya Waktu Sahur? Ada yang tahu apa itu sahur? Sahur dari sudut bahasa adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam (Awnul Ma'bud, 6/469). Jika waktu malam itu 12 jam, bermakna waktu sahur 2 jam sebelum siang iaitu sekitar jam 4 pagi hingga subuh. 

Oleh kerana sahur jatuhnya pada pukul sekitar 4 pagi dan sehingga subuh, maka ia amat istimewa kerana pada waktu ini kebiasaannya para solihin dan orang alim akan bangun tahajjud dan doa-doa kan di angkat ke langit. Insya Allah sesiapa yang berdoa di waktu begini, ia umpama busar yang mengenai tepat sasarannya. Pada waktu beginilah, Allah menunggu keluhan, rayuan dan permohonan ampun setiap hambaNya. Waktu sahur adalah waktu yang amat istimewa.


Apa Istimewanya Waktu Sahur?


Keistimewaan Waktu Sahur. Ada banyak keistimewaan waktu sahur yang mungkin kita terlepas pandang. Yang utamanya adalah doa-doa kita amat makbul. Berdoalah waktu sedang bersahur, beristighfar dan membaca al Quran.  

Di bulan puasa, waktu sahur kebiasaannya kita bangun untuk makan sahur. Namun jika bangun hanya untuk makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain adalah merugikan. Ia satu kesilapan kerana waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk menunaikan solat malam, beristigfar dan berdoa.

Firman Allah:


وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون


Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan”  (Adz Dzariyat: 18)


Rasulullah SAW bersabda:

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ


Daripada Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Rabb kita Tabaraka wata’ala setiap malam turun ke langit dunia ketika sepertiga malam, Kemudian berfirman: ‘barangsiapa yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, barangsiapa yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, barangsiapa yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR. Bukhari no.1145).


Rebutlah keistimewaan waktu sahur dengan memperuntukkan masa untuk kita solat sunat malam, masa untuk kita beristighfar dan memohon keampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu serta memanjatkan doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat.

Sumber : Sebahagiannya Group Whatsapp Surau

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close