Ayat Al Quran Yang Paling Di Gemari. Setiap dari kita pasti ada satu, dua atau lebih ayat al Quran yang paling disukai dan paling berbekas di hati. Ayat al Quran yang amat besar maksudnya dalam kehidupan kita. Macam saya, ada beberapa potogan ayat al Quran, yang apabila mengingatinya menjadikan kita kuat dan bersemangat. Dan ada pula ayat al Quran, yang apabila kita dibacakan dengan potongan ayat tertentu, kita jadi takut bendak berbuat salah. Sebab apa? Sebab Allah Maha Berkuasa.
Membiasakan membaca al Quran sebelum kita keluar bekerja pada pagi hari, menjadikan akal kita lebih jernih dan bijaksana manakala hati jadi sejuk setenang jiwa kita.. hati jadi lebih berlapang dada dan husnudzon (bersangka baik) terhadap perjalanan hidup kita hari itu.
Ayat Al Quran Yang Paling Di Gemari
Kalau mengikut saya, ada dua ayat al Quran yang amat saya suka dan pada masa yang sama juga berasa gerun akan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.
1. Ayat 82 dari surah yassin,
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya;
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”
Beberapa penjelasan tentang ayat al Quran surah Yassin, ayat 82;
Imam al-Syaukani[5]
Sewaktu mentafsirkan ayat ini, beliau menyatakan bahawa kekuasan Allah SWT itu begitu sempurna, dimana jika Dia berkehendak kepada sesuatu perkara, Dia hanya perlu menyebut "jadilah" dan ia akan terus terjadi tanpa perlu bergantung kepada suatu perkara yang lain. (Rujuk Fath al-Qadir, 4/546)
Imam Fakhruddin al-Razi[2]
Beliau menyatakan: “Ayat ini membawa makna bahawa penciptaan dan kejadian yang Allah kehendaki tidak hanya berlaku jika ada alat dan sebagainya. Juga tidak memerlukan air mani ayah dan Rahim ibu. Ini dibuktikan bahawa Allah menjadikan ayah kita yang awal iaitu Nabi Adam tanpa ada ayah. Ini membuktikan bahawa Allah menjadikan dan menciptakan sesuatu tanpa perlu ada perantaraan.” (Lihat Tafsir al-Kabir wa Mafatih al-Ghaib, 17/201)
Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi[6]
Beliau menyebut: “Ketikamana Allah SWT menciptakan sesuatu yang dikehendakinya, Allah SWT hanya berfirman: “Jadilah” sudah tentu sesuatu yang dikehendakiNya itu akan berlaku. Ayat ini menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 12/5724)
Sekiranya kita mempunyai apa-apa hajat yang tidak salah di sisi syarak, kita juga boleh berdoa dengan mengamalkan ayat ini. Insya Allah, doa-doa yang baik itu akan Allah makbulkan.
2. Ayat 40, surah at Taubah
La tahzan innallaha ma'ana ~ Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah At-Taubah, ayat 40)
Al Quran Surat At-Taubah Ayat 40
إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ ٱللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ثَانِىَ ٱثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِى ٱلْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَٰحِبِهِۦ لَا تَحْزَنْ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُۥ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ٱلسُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِىَ ٱلْعُلْيَا ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Terjemahan erti:
Sumber rujukan:
1) Laman rasmi MAIWP - https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3025-al-kafi-1049-tafsir-ayat-82-surah-yasin
2. Laman web, Tafsir Web
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.