Berbuka Puasa Di Kampung Lebih Meriah. Kenapa meriah? Sebab makanan di hidang di atas tikar dan makan duduk ramai-ramai atas lantai. Tak ada kerusi meja ya.. kecuali bagi warga yang kurang sihat je. Mana yang muda-muda dan sihat walafiat tu, makan bersila @ bersimpuh atas tikar, atas lantai. Hehe..
Makan bersila ramai-ramai memang santai, menggamit memori zaman kami sekeluarga dulu tak ada meja makan. Susun makanan atas tikar atau surat khabar, kalau lauk pauk tu jauh, main pass-pass macam tu je.. hehe..
Berbuka Puasa Di Kampung Lebih Meriah
Bukan ada satu, dua atau 3 lauk pauk ya, ada macam menu yang boleh membuka selera ketika berbuka puasa di kampung.
Contohnya, kami sewaktu berbuka puasa di kampung paling tidak ada 10 menu, tak campur lagi kuih muih yang dibeli di bazaar ramadhan atau pun yang buat sendiri.
Gambar-gambar menu berbuka puasa kita orang yang memang buat sendiri. Yang dibeli tak masuk dalam gambar. Hehe...
Begitulah gayanya, rezeki yang melimpah ruah di bulan ramadhan yang mulia.
Antara menu adalah:
1. Ikan cencaru bakar goreng garing tak buang kulit
2. Lemak cili kering sayur nangka
3. Meranti tumis air
4. Ayam masak kicap
5. Sardin tumis dengan suhun
6. Lemak cili padi udang + nenas
7. Ikan timah goreng kunyit
8. Tauhu sumbat
9. Kuah kacang untuk tauhu sumbat
10. Sambal kicap style Johor
Buat sementara ini, itulah lauk pauk berbuka puasa kita orang. Semuanya masak sendiri. Kalau yang beli biasanya kita orang asingkan sebab nak makan menu utama masakan air tangan dan dapur sendiri. Hehe...
Semuanya dihasilkan dengan gotong royong sesama kami adik beradik.
Air pula teh O panas dengan sirap limau ais. Memang mengancam la.. walau dalam sederhana. Alhamdulillah.
Perut kenyang, semua muka happy!!
1 Comments
Setuju sangat.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.