Berdoa Dengan Asmaul Husna al Darr. Al-Darr/ ad dhaar, Maha Memberi Derita. Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi Bahaya / Yang Membawa Bencana / Yang Menyampaikan Mudharat / Pengganggu– Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya.
Maka berdoalah dengan asmaul husna ad Dhaar ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)
Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik). – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Ad Dhaar
1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:
Ertinya :
Ya Dhaar = 100 kali
Ertinya :
Fadhilat asmaul husna ad Dhaar
a) Asma’ ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah puas & lama dihidapi serta telah puas diubati (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan).
b) Amalkanlah zikir ‘Ya Dhaar’ ini sebanyak 1001 kali pada setiap hari. InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan segera sembuh.
c) Bagi menghampirkan diri kepada Allah SWT dan mendapatkan keselamatan rohani dan jasmani, zikirkan ‘Ya Dhaar’ini sebanyak 100 kali pada setiap malam Jumaat.
d) Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut ‘Ya Dhaar’ berulang kali setiap malam Jumaat, InsyaAllah tarafmereka akan meningkat dan dinaikkan.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
2. Shafiqolbu.wordpress.com
3. Blog Ibnu Hasan Site

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.