Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nasi Goreng Sotong Simple

Nasi Goreng Sotong Simple. Semua orang suka je makan nasi goreng. Nasi goreng kampung, nasi goreng Cina, nasi goreng seafood.. sebut lah apa je, semua pun suka makan. Boleh dikatakan menu nasi goreng ada je kat mana-mana restoran di sekitar kita.

Baiklah.. saya pun nak share pasal resepi nasi goreng seafood dengan sotong. Ni menu sarapan pagi tadi, sebab hanya sotong yang ada, maka jadilah nasi goreng sotong. Simple je geng! Ini resepi khas untuk newbies.. yang dah pandai masak tak payahlah cuba resepi ini, haha.. saja saya share resepi simple kat sini sebab mudah bagi anak bujang saya yang jauh diperantauan nak refer resepi ibu dia.. 


Nasi Goreng Sotong Simple


Nasi Goreng Sotong Simple

Bahan-bahan:

1 ekor sotong saiz besar - potong bulat dan nipis
1 mangkuk besar nasi sejuk
4 biji telur
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
5 tangkai cili padi - kisar
Segenggam ikan bilis - kisar
Garam dan serbuk perisa, jika suka
Timun, bawang goreng, daun sup - sebagai hiasan

Nasi Goreng Sotong Simple

Cara menyediakan nasi goreng sotong


1. Rebus sotong sebentar dengan air panas, dalam 5 minit. Toskan
2. Tumis semua bahan kisar hingga agak garing atau naik bau. Masukkan sotong dan biarkan seketika
3. Pecahkan telur satu persatu dan gaul rata. Biarkan telur masak.
4. Masukkan nasi dan gaul semua bahan hingga rata. 
5. Perisakan dengan garam dan serbuk maggi secukup rasa
6. Bila dah rata dan nasi goreng dah nampak agak kering, angkat dan hidangkan
7. Hiaskan dengan daun sup @ bawang goreng, jika suka

Nampak sedap kan nasi goreng sotong kami? Hehe.. puji sendiri, siapa lagi nak up kan?? Mudah je nak buat nasi goreng sotong.

Selamat mencuba!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya janji kena dgn selera kita kan.. Kami kalau buat nasigoreng pun, memang masukkn je apa yg ada dlm peti semata2 nk sedap. hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close