Resepi Roti Telur Paling Simple. Mudah je nak buat roti telur yang simple tapi sedap. Kalau ada stok roti tawar yang dah nak expired tempohnya boleh buat roti telur simple yang gerenti boleh habiskan roti itu dengan cepat.
Resepi Roti Telur Paling Simple
Bahan-bahan:
Roti putih secukupnya - hiris 2 atau belah empat
4 biji telur
Sedikit garam @ maggi secukup rasa
3 biji cili padi - hiris kecil
Minyak untuk menggoreng
Cara Buat Roti Telur Paling Simple
Persediaan memasak roti telur simple |
2. Pukul telur dengan maggi secukup rasa @ garam dengan hirisan cili padi (jika suka pedas)
3. Celupkan roti ke dalam bancuhan telur dan masukkan ke dalam minyak yang telah panas
4. Goreng hingga warna kekuningan atau sedikit garing
5. Toskan sebelum dihidangkan dengan cili sos
Selamat mencuba
Resepi roti telur simple di atas khas dihasilkan untuk adik-adik yang baru nak mula memasak. Resepi ni juga sesuai untuk rujukan anak bujang yang duduk bersama rakan-rakan, macam anak bujang saya 😅😅
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.