Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sedekah Itu Tidak Semestinya Dengan Harta Kamu!

Sedekah Itu Tidak Semestinya Dengan Harta Kamu! Orang selalu berfikir konsep sedekah adalah dalam bentuk wang ringgit. Itu adalah persepsi umum sejak dari dulu lagi. Namun, jika kita banyak membaca dan mendengar ceramah dari ustaz-ustaz, sebenarnya sedekah itu adalah banyak dalam pelbagai bentuk. Doa pun satu bentuk sedekah. Kebiasaan yang saya buat setiap pagi selepas subuh, saya akan hadiah dan sedelahkan bacaan al Fatihah kepada nama-nama berikut iaitu, Nabi SAW, suami @ isteri, anak-anak, ibu bapa yang masih hidup @ yang sudah meninggal dunia, kepada umat islam di seluruh dunia dan akhir sekali kepada diri sendiri. Mengapa saya masukkan "umat islam di seluruh dunia" itu? Walau saya tak kenal mereka? Sebab, jika nak bersedekah.. kita kena buang rasa kedekut. Kita kena bersedekah dengan hati yang besar dan lapang dada. Bayangkan jika sejuta orang islam yang lain berbuat perkara yang sama seperti saya? Adakah saya rugi? Tak rugi pun.. malahan semakin bertimbun pula doa-doa untuk saya dan kita semua. Ya.. sedekah kena bermula dari hati sendiri, hati yang paling dalam, ikhlas kita? 

Nak ukur hati ikhlas atau tidak.. fikir balik adakah apa yang kita buat itu dapat balasan on the spot dari orang lain atau sebaliknya, tiada jaminan balasan balik atas sedekah kita itu. Dari situ, kita dah tahu dah apa perlu dibuat. Iaitu REDHA. Maka, segalanya akan nampak menenangkan hati dan jiwa, kita akan merasainya. Kita bersedekah bukan untuk orang lain sanjung, tetapi untuk REDHA Allah.


Sedekah Itu Tidak Semestinya Dengan Harta Kamu!


Sedekah Itu Tidak Semestinya Dengan Harta Kamu!

Sedekah Itu Tidak Semestinya Dengan Harta Kamu, mungkin juga dengan nasihatmu yang baik-baik.. itu juga sedekahmu. Senyuman yang kamu beri kepada saudaramu (yang islam) ialah sedekah, kamu menyuruh sesiapa membuat kebaikan dan mencegah sesiapa daripada kemungkaran ialah sedekah, menunjukkan jalan kepada sesiapa yang telah tersesat ialah sedekah, menunjukkan jalan kepada orang yang lemah penglihatan ialah sedekah, mengetepikan batu, duri, tulang (dan lain-lain) ialah sedekah, kamu mengisi timba saudaramu dengan air daripada timbamu adalah sedekah.

Senang kata, apa saja bentuk perbuatan dan pemberian yang baik, ikhlas walau bukan dalam bentuk duit @ wang ringgit adalah juga sedekah. 

Cara terbaik bersedekah adalah mengeluarkan hartamu yang paling kamu sayang dan memberikan kepada orang yang memerlukan, itulah cara bersedekah yang terbaik. Bukannya memberikan barang 2nd hand, yang telah digunakan atau sesuatu baki makanan yang kamu tidak habis.. itu bukanlah cara bersedekah yang baik. Bukannya tidak boleh langsung, tapi ia akan mengurangi pahala sedekahmu..

Renungkanlah!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close