Tempat Simpan Duit Paling Selamat Dan Berbaloi. Ingat tak waktu kecil-kecil dulu, kat mana kita simpan duit? Di bawah bantal? Dekat dalam tin biskut? Atau letak kat pinggang ikat dengan kain gulung-gulung?? Haha.. macam-macam cara kan kita boleh nampak mak bapak kita simpan duit dahulu kala. Sebab, pada masa itu, nak pergi bank kan jauh. Mana ada lagi urusan online masa tu, betul tak?
Kalau pada masa ini, semua urusan dilaksanakan dengan amat mudah, hanya di hujung jari je dah boleh buat simpanan. Dengan nak tak nak je, kemahuan atas kerelaan sendiri. Tak ada orang nak paksa, kesedaran nak menyimpan tu yang paling utama. Persoalannya, berapa usia yang wajar untuk menyimpan? Sebaik di lahirkan atau apabila telah masuk sekolah darjah satu? Itu pun tergantung kepada kesedaran dan kemampuan orang tua masing-masing. Jangan tunggu tua baru nak menyimpan. Itu sudah dikira terlewat. Menyimpanlah selagi muda, lagi awal lagi baik.
Tempat Simpan Duit Paling Selamat Dan Berbaloi
Jika ada duit atau dapat duit, menyimpanlah ditempat yang selamat dan baik.
Ini merupakan tempat yang selamat untuk menyimpan duit.
1. ASB, Amanah Saham Bumiputra. Siapa yang tak kenal dengan ASB. Hampir semua bumiputra di Malaysia ada akaun ASB. Cuma ada yang aktif atau sebaliknya. ASB antara dana kerajaan yang dijamin dividennya. Dapat dividen, dapat bonus lagi. Dividen ASB antara yang agak tinggi juga berbanding dengan dividen di Bank.
2. Tabung Haji, sejak dari kecil dah simpan kat tabung haji. Bila ada anak pulak, bila mereka dapat mykid je, terus bukakan tabung haji. Tak perlu tunggu lama. Kiranya dalam hati dah niat, nanti boleh pergi haji sama-sama. Simpan dalam tabung haji menjamin wang simpanan yang "bersih" dimana ia diuruskan oleh orang islam dan hanya orang islam sahaja yang boleh menyimpan di tabung haji. Dividen tabung haji juga agak tinggi. Tak salah menyimpan di Tabung Haji jika dari awal tujuan menyimpan adalah nak pergi haji, moga urusan kita Allah permudahkan. Nak lagi mudah, buat arahan tolakan gaji untuk menyimpan dalam tabung haji.
3. Amanah Hartanah Bumiputera, AHB juga bagus sebagai satu usaha kita nak memiliki aset sendiri seperti bangunan, hotel dan sebagainya. Konsep AHB adalah sama seperti pelaburan ASB, di mana harga seunit adalah tetap pada harga RM1. Apa yang membezakannya adalah, AHB ini merupakan sepenuhnya pelaburan hartanah.
4. ASW, ASB 2, merupakan tempat simpanan yang beri pulangan dividen. ASW terbuka kepada kaum bukan bumiputra, manakala ASB2 adalah kesinambungan dari ASB biasa, mana -mana yang dah penuh ASB biasa bolehlah buka akaun ASB2. Tapi yang belum penuh pun boleh buka akaun ASB2 tiada masalah.
Dividen ASB2 selalunya kurang sedikit dari ASB.Kalau dividen ASB ambil di bulan Januari setiap tahun,ASB2 pula dividen boleh dikeluarkan bulan April setiap tahun.
5. SSPN-I selain beri pulangan dividen kita akan dapat pengecualian cukai dan perlindungan takaful bersama-sama kita. Jika anak anda atau anda sendiri nak dapat gerenti pinjaman PTPTN, kena ada akaun SSPN sendiri ya.. Itu antara syarat melayakkan meminjam dana pendidikan yang dikendalikan oleh kerajaan tersebut.
6. Fixed Deposit Bank. Cara simpan duit paling disukai oleh mak bapak dulu-dulu. Simpan duit yang berlebihan itu dalam FD untuk tempoh tertentu seperti 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan dan sebagainya. FD dijamin simpanannya oleh pihak Bank. Namun kadar dividen yang diberikan berbeza-beza mengikut bank yang tersebut.
7. Emas dan Perak, pelaburan dan simpanan emas yang paling mudah dan wanita suka. Beli emas banyak-banyak, pakai dan simpan pun dua-dua boleh dianggap simpanan. Bila terdesak, emas dan perak boleh dicagarkan kepada Bank, Ar Rahnu dan sebagainya. Jadi, jangan bising bila isteri suka beli emas kerana ia amat berguna jika waktu tèrdesak!
8. KWSP, jika anda bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, boleh mencarum dalam KWSP. Kalau makan gaji memang kena wajib mencarum, tetapi kalau berniaga sendiri pun boleh menyimpan, ikut kemampuan. KWSP juga memberikan dividen yang agak tinggi setiap tahun, jadi ia antara tempat menyimpan yang baik dan berbaloi untuk dipertimbangkan.
Ingatlah!! Selain menyimpan, jana juga pendapatan. Jangan hanya BERTAHAN tetapi belajar juga MENYERANG.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
Salah satu lagi cara untuk menabung adalah dengan Akaun SSPN Plus. Adik beradik SSPN -i.
ReplyDeleteDengan Simpan SSPN Plus, ada dapat meyimpan, perlindugan takaful dan pengecualian cukai. :)
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.