Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Mudah Bangun Solat Tahajjud

Tips Mudah Bangun Solat Tahajjud. Memang tak mudah untuk bangun malam jika kita tengah nyenyak tidur. Apatah lagi jika pada siang harinya kita telah penat bekerja, otak dan fizikal. Memang tidur mati lah orang kata. Namun, jika kita telah terbiasa, tubuh badan dah selalu bangun pada waktu yang tepat dan tempo masa yang sama setiap hari, maka tak jadi masalah besar untuk kita bangun malam menghadap Illahi. Terutamanya untuk melakukan solat-solat sunat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan sebagainya.

"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: “Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." - Allah berfirman dalam surat Al Israa 79-82

Tips Mudah Bangun Solat Tahajjud


Tips Mudah Bangun Solat Tahajjud


Solat tahajjud adalah solat sunat 2 rakaat paling minima dan maksimanya tidak terbatas, ikut kemampuan. Tiada paksaan. Hendak melakukan solat sunat tahajjud sebaiknya tidur dulu pada malam hari dan kemudian mohon Allah kejutkan kita pada sepertiga malam, sekitar dari pukul 1 hingga 4 pagi. Jika terbangun teruslah ambil wuduk dan solat tahajjud, semampumu.

Tips mudah bangun tahajjud

1. Sebelum tidur, niat nak bangun malam nanti nak solat tahajjud. Mohon Allah kejutkan kita dengan apa yang kita niatkan.

2. Tidur awal kerana niat nak bangun malam.

3. Kunci jam, jika anda memang jenis orang yang agak sukar nak bangun sendiri

4. Jangan makan terlalu kenyang sebelum tidur. Ia akan membuatkan kita semakin letih dan sukar bangun malam

5. Hindarkan diri dari melakukan maksiat. Jauhi maksiat walau dalam bentuk apa pun. Angkara banyak maksiat, memang sukar nak bangun tahajjud.

Seterusnya, saya share kan dari FB  kekuatan solat tahajjud, cara bagaimana kita melaluinya kerana adakala doa dan permohonan bukan termakbul serta merta. Ada cara kita menunggunya, menanti doa-doa dan keluh kesah kita di makbulkan, maka.. berSABARlah dan terus kuat kerana ALLAH tak pernah tidur!


Solat Tahajjud & Kekuatannya


Sebetulnya tidak ada doa khusus yang saya amalkan.

Namun begini:

1. Ketika berdoa dalam tahajud sejak dari pertama kalinya lagi saya berdoa dalam keadaan yang sangat memerlukan. Rasa “desperate” yang sukar untuk saya bayangkan atau tulis dengan kata-kata.

2. Saya meletakkan keyakinan 200% bahawa segalanya adalah mudah dengan bantuan dan keizinan dari Allah. Bahkan bagi perkara yang kita rasa tidak mungkin pun. Kerana Allah memberi dengan cara yang super tidak logik.

3. Apa sahaja pemberian dan ujian dari Allah saya terima dengan sangat ikhlas dan reda. Benar, saya juga telah sering menangis kerana sakit, menderita, kecewa atau apa sahaja. Kerana saya juga manusia biasa. Namun tidak pernah sekalipun saya mengeluh.

4. Sepanjang tempoh 20 tahun perkahwinan, tidak pernah sekalipun saya meninggikan suara kepada bekas suami. Apa lagi menyindir dalam bentuk tulisan di media sosial. Walaupun rumahtangga dalam keadaan yang tidak baik ketika itu, tidak ada satupun cerita yang tidak baik tentang rumahtangga saya kongsikan kepada sesiapa waktu itu. Apabila menjadi isteri, jadilah isteri yang baik dengan sebaik mungkin.

Andai teraniaya, Allah tahu. Andai sabar dalam siksa, Allah pandang itu semua.


Ingat, doa orang yang teraniaya itu tidak ada hijab. Doakanlah yang baik-baik selalu iaitu bagi perkara yang mendatangkan kepada kebaikan. Bukan meminta Tuhan untuk menghukum orang.

5. Bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Bertawakal ini maksudnya kita berserah 100% kepada Allah bahawa segala apa yang berlaku dengan izinNya adalah yang paling baik. Kita usaha, kemudian kita berserah.

6. Usah pernah lelah untuk berbuat baik. Orang pandang salah pada kita, kita balas dengan pandangan baik. Orang benci kita (benci saya contohnya kerana janda) kita balas dengan rasa kasih sayang dan empati yang baik. Rasa kasihan kerana mereka (orang yang salah sangka kepada kita) tidak faham dan kenal dengan kita namun bersangka-sangka. Tidak ada benci dalam diri dan hati terhadap orang.

Termasuk bagi mereka yang pernah zalim dengan kita.

7. Bahagiakan anak-anak atau tanggungan yang ada di bawah kita tanpa keluh kesah. Apa lagi untuk mengungkit dan merungut. Mereka adalah amanah dari Allah. Biarpun terpaksa bersusah…

8. Ikhlas kan diri dalam setiap perkara. Jadi isteri yang ikhlas. Ibu yang ikhlas. Kakak yang ikhlas. Sahabat yang ikhlas. Pekerja yang ikhlas. Peniaga yang ikhlas. Ikhlas itu ghaib dan mungkin kita akan diuji dengan banyak perkara. Namun tetaplah kita ikhlaskan hati walau kadang kita tak mampu berkata-kata untuk membela diri.

Cukuplah Hanya Allah. Dia Maha Tahu.


9. Usah pernah lelah untuk berdoa. Usah pernah jemu untuk bangun malam dan bersujud.

10. Usah pernah lelah untuk bertahajud. Selagi kita tidak mahu bangun kerana terlalu letih, mengantuk, penat, tidak jaga, atau apa sahaja alasan yang kita sering ada. Itu tandanya kita belum benar-benar mahukan sesuatu perkara.

Sedang kita boleh bangun malam untuk ke kamar mandi bagi menunaikan hajat…lalu kita tidur semula. Setakat itulah kemahuan kita. Tidak lebih. Anda faham kan?

Miracle of Tahajjud
Sekali minta, berkali Allah bawa.
Sumber: Facebook

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close