Beli Wallet Jovi Leather Untuk Diri Sendiri. Ini adalah belian kali kedua saya, sebelum ini lebih kurang 5 tahun lepas saya ada beli juga wallet untuk anak-anak. Leather dia lembut, zip pun halus buatannya. Selepas 5 tahun, saya repeat beli sebab kehalusan buatannya. Box dia pun cantik dan menarik.
Donna Wallet Jovi Leather, berharga RM159 masa sekarang, warna maroon dan bersaiz comel. Jika korang perlukan wallet yang besar, ini bukanlah pilihan terbaik. Kena lihat saiz dulu baru beli ya..
Beli Wallet Jovi Leather Untuk Diri Sendiri
Sebenarnya saya suka walllet yang bersaiz pendek berbanding wallet panjang seperti kebanyakan wanita lain suka. Bila wallet saiz pendek senang nak bawa atau di masukkan dalam handbag.
Kali ini saya beli wallet Donna, wallet untuk wanita, saiznya kecil dan comel je dan berzip di luar. So, semua kad, syiling dan wang kertas boleh je campak kat dalam tu. Dalam dia tak ada kad divider, so korang pakai campak je la.. hehe, mungkin bole letak IC dan lesen memandu. Dan kad ATM yang penting je.. anggaran boleh muat 10 kad gitu..
Sebab saya beli lagi satu wallet adalah kerana saya memang suka tukar-tukar wallet ikut gaya beg. Ada wallet yang simple, ada wallet yang feminin dan styling.
So, kalau korang memang suka tukar-tukar wallet, boleh lah beli banyak-banyak wallet macam saya.
Jika tidak, guna je wallet yang sedia ada kerana ikut pengalaman saya, wallet boleh tahan lama sehingga berbelas tahun jika fungsi zipnya tidak rosak.
Apa pendapat anda? Berapa lama tu pakai wallet?
Sekadar coretan perkongsian tentang wallet. Semoga ada manfaatnya.. 💚💚✌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.