Berdoa Dengan Asmaul Husna an Naafi'. An Naafi' ertinya Yang Memberi Manfaat / Maha Memberi Manafaat / Maha Pemberi Manfaat / Makmur – Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia, iaitu meratalah kebaikan yang dikunniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.
Maka berdoalah dengan asmaul husna an Naafi' ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)
Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik). – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | An Naafi'
1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:
Ertinya :
Ya Naafi' = 41 kali
Ertinya :
An Naafi' ertinya Yang Memberi Manfaat / Maha Memberi Manafaat / Maha Pemberi Manfaat / Makmur – Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia, iaitu meratalah kebaikan yang dikunniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.
Fadhilat asmaul husna an Naafi'
a) Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, sesiapa mengamalkan zikir ‘Ya Naafi’ setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
b) Jika ‘Ya Naafi’ dibaca 41 kali sebelum memulakan sesuatu kerja yang sukar dan payah, InsyaAllah akan dapat menyelesaikannya dengan mudah.
c) Sesiapa menyebut ‘Ya Naafi’ berulang-ulang dalam masa empat hari, InsyaAllah ia akan jauh dari aniaya atau bahaya.
d) Jika ‘Ya Naafi’ dibaca sebelum menaiki apa jua jenis kenderaan, InsyaAllah akan mendapat keselamatan daripada segala bahaya dan petaka.
e) Untuk menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kesusahan, asma ‘Ya Naafi’ dibaca setiap hari, InsyaAllah akan berhasil.
f) Jika sesiapa yang berzikir dengan ‘Ya Naafi’ di dalam hati ketika jimak dengan isterinya, InsyaAllah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
2. Shafiqolbu.wordpress.com
3. Blog Ibnu Hasan Site
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
2. Shafiqolbu.wordpress.com
3. Blog Ibnu Hasan Site
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.