Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera

Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera. Masak apa hari ni kekawan? Pasti masak sedap-sedap untuk family tersayang walau sekadar telur mata tuang kicap. Itu faveret lauk saya tu.. saya memang orang yang tak cerewet pasal makanan, kalau lauk tak sedap, saya masak telur je. Habis cerita..

Lunch hari ni kami makan siakap masak kari. Ikan siakap jarang masak kari atau asam pedas sebab isi dia agak lembut. Masak sekejap je dah masak.. tak boleh lama-lama. Nanti isi ikan akan hancur.

Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera

Ada kepala dan bahagian isi yang dimasak hari ini. Memang cepat je cara memasaknya.. tak perlu lama-lama ya..


Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera 


Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera

Layan ikan siakap masak kari dengan nasi putih je pun jadik. Lepas tu letak kuah banyak sikit, hmm.. sedapnya.

Orang kata nak kari ikan kita rasa lebih sedap, masukkan sedikit kari daging. Memang naik la rasa dia.. lemak sedap dan harum.

Ikan Siakap Masak Kari Pembuka Selera

Ikan siakap masak kari memang betul pembuka selera. Anak saya makan tak bangun-bangun dari kerusi, rupanya dia sibuk meratah kepala ikan siakap dengan ayahnya.

Walau masak simple je, tengok dia orang makan semacam syiok je, tentu sedap kan? Last saya tanya kat anak, sedap ke ibu masak? Sedap katanya!

Alahai anak, semua ibu dia masak sedap aje, tak pernah reject masakan kita. Terima kasih duhai anak kerana tak pernah komplen masakan si ibu sebab takut ibunya dah tak masak nanti. Hehe..

Salam santai ya!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close