Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kerang Rebus Mudah Dan Cepat

Kerang Rebus Mudah Dan Cepat. Kerang rebus lagi menu segar hari ini sebab En suami beli kerang segar 2 kg menyebabkan kita kena masak cepat-cepat habiskan stok sebab kalau lama simpan, tak sedap dah rasanya. Kali ni kami masak kerang rebus lagi, dengan bahan yang simple tapi menyegarkan dan menyihatkan.

Dah lah proses nak buatnya pun mudah dan cepat. So, tak de lah berpeluh kat dapur akibat terlalu lama di dapur. 

Kerang Rebus Mudah Dan Cepat
Saya rebus kerang dalam kuali je... lebih senang


Kerang Rebus Mudah Dan Cepat


Pada mulanya bujang kecik kami tu tak nak makan. Dia kata pelik lah, almaklum sebelum ni kami makan kerang dah siap kopek kulitnya, buat sambal tumis. Itu dia makan lah, tapi bila kena kopek sendiri, dia rasa lain macam. 

Tapi kami paksa jugak dia makan, sebab benda ni makanan sihat. Tak berminyak sangat, dan rebus-rebus je..

Kerang Rebus Mudah Dan Cepat

Bahan-bahan:

1 kg kerang - basuh bersih-bersih
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar saiz sederhana - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 tangkai cili padi - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 helai daun kunyit - hiris kasar
Garam secukupnya

Cara masak kerang rebus yang mudah


1. Tumis semua bahan tumbuk dengan serai, gunakan sedikit minyak sahaja, hingga naik bau

2. Masukkan kerang dan gaul rata, kalau ada daun kunyit, masukkan sekali

3. Masukkan sedikit air, dan kacau lagi

4. Tutup sebentar hingga mendidih

5. Perisakan dengan garam.

Kerang rebus anda siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan sos bawang putih atau sambal kicap style Johor. Hehe..

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close