Masak Bubur Durian Dengan Ingelligent Pressure Cooker Primada Memang Cepat! Kali ni marilah kita masak bubur durian. Sebab ada lebihan durian kampung semalam, tak berapa sedap isinya.. maka teringat lah pulak ada kacang hijau lebihan yang lalu. Jadilah masak bubur durian dengan pressure cooker.
Ini first time guna pressure cooker masak bubur kacang hijau, so kita dapat nampak perbezaannya. Memang amat cepat!! Lepas tu tak perlu tambah air bila air dah berkurangan tetapi kacangnya tak masak lagi. Lepas masukkan semua bahan, tutup dan tekan bean/tendon. Ya Allah.. memang memudahkan kerja kita.
RESEPI Bubur Durian Dengan Ingelligent Pressure Cooker Primada Memang Cepat!
Bahan-bahan:
1 bungkus kecil kacang hijau
5 ulas durian
1 inci halia - hiris nipis
Sedikit garam
1 ketul gula melaka
Gula secukupnya
Air secukupnya
Daun pandan, jika ada
Cara penyediaan bubur durian
1. Cuci bersih kacang hijau. Masukkan garam, halia, durian, air secukupnya, gula melaka.
2. Tutup penutup pressure cooker, ikut arahan pada tutup tersebut. Tombol hitam (pressure) halakan ke lubangnya.
3. Tekan butang "Bean/ Tendon", masa yang dipaparkan 30 minit.
4. Bila alarm dah berbunyi, biarkan lebih kurang 15 minit biar butang pressure dia release sendiri
5. Kalau tak sabar (😅😅) tolak je tombol pressure tu dengan sudu atau senduk. Haba pressure dia akan keluar.
6. Buka penutup, setkan periuk pada butang "Stir Fry"
7. Masukkan santan dan kacau. Perisakan dengan gula jika belum manis.
8. Bila dah siap masak, tutup suiz presaure cooker.
Bubur kacang durian siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
1 Comments
Masukkan dalam plastik aiskerim malaysia simpan dalam esbok sampai keras
ReplyDeleteSedap
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.