Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sambal Sotong Lebih Lembut Dan Tak Liat

Resepi Sotong Sambal Lebih Lembut Dan Tak Liat. Siapa ada trauma macam saya, takut nak masak sotong yang harganya mahal tu sebab bila dah masak rasanya liat. Dah lah 4 ketul sotong harganya RM43.00. Memanglah saiz besar tapi bila dimasak liat, memang trauma. Semalam En suami beli sotong ni lagi, mintak kita masak sambal sotong. Haish.. Memang kena buat betul-betul. Tak boleh sebarangan. Almaklum, sotong mahal tu. Kalau tak jadi rasa menyesal pulak, kan..?

Resepi Sambal Sotong Lebih Lembut Dan Tak Liat

Resepi Sambal Sotong Lebih Lembut Dan Tak Liat


Resepi Sotong Sambal Lebih Lembut Dan Tak Liat


Bahan-bahan:

1 kg sotong saiz besar - potong bulat

1 biji bawang besar - kisar

2 ulas bawang putih - kisar

1 inci halia - kisar

15 tangkai cili kering (rebus dulu baru kisar)

2 sudu makan cili sos

Garam dan gula secukupnya

1 biji bawang besar - hiris bulat  


Cara Memasak Sotong Sambal Lebih Lembut Dan Tak Liat


1. Sotong dibasuh bersih, potong bulat. Perap dengan jus lemon dalam tempoh 1 jam. Ketepikan.

Resepi Sambal Sotong Lebih Lembut Dan Tak Liat

2. Tumis bahan kisar hingga naik bau atau cili masak. Kalau kering sangat, tambah sedikit air.

2. Masukkan sos cili. Kacau rata.

3. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat tadi, masakkan hingga bawang layu.

4. Perisakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih, minyak naik.

5. Akhir sekali masukkan sotong yang diperap dengan lemon tadi.

6. Besarkan api, masak sotong 5 minit sahaja. 

7. Tutup api dan sotong sambal dah siap untuk dihidangkan.

Semoga bermanfaat.

Kalau nak cuba cara saya di atas, dipersilakan. Rasa sambal sotong nanti sedap sangat, rasa wangi lemon dalam sambal sotong telah hilangkan bau hanyir sotong.

Sotong pun lembut, tak liat. Kiranya 2 in 1 la, hilangkan hanyir dan lembutkan sotong.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Ok akhirnya dah tahu petuanya. Terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close