Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selawat Al Fatih Selepas Subuh Untuk Lancar Segala Urusan

Amalkan Selawat al Fatih setiap kali selepas solat subuh untuk lancar rezeki dan terlerai segala masalah!
Advertisement

 

Selawat Al Fatih Selepas Subuh Untuk Lancar Segala Urusan. Selawat al Fatih, selawat pembuka, macam-macam kita nak mulakan pagi hari kita, maka amalkanlah selawat pembuka ini agar terbuka segala pintu rezeki, terlerai segala pintu kesukaran dan kesusahan. Semoga apa yang kita minta, semoga apa yang kita harapkan... Allah SWT akan bantu dari pelbagai sudut.

Selawat Al Fatih Selepas Subuh Untuk Lancar Segala Urusan

Walau dalam keadaan tertekan dengan ujian yang berat-berat dan tidak disangka sama sekali, sebenarnya dengan usaha dan istiqamah kita memohon dan bergantung kepada Allah semata-mata, dalam tak kita jangka Allah telah sediakan jalan dari sudut yang tidak kita sangkakan! Begitulah Allah menguji, begitu juga telah disediakan jalan penyelesaiannya. Hanya kita kenalah berusaha dan bertawakkal sesudah itu.


Selawat Al Fatih Selepas Subuh Untuk Lancar Segala Urusan 


Dalam amalan kelancaran segala urusan, ada banyal doa-doa yang boleh diamalkan. Antaranya:

1) Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bilkhair..

2) Rabbisrohli sodri wayassir li amri wahlul uqdatammillisaanii yafqahu qauli..

Selain di atas, ada lagi amalan iaitu selawat al Fatih selepas subuh untuk kelancaran segala kerja dan pintu rezeki kita.

Guru pesan amalkan selawat al fatih 100 kali selepas subuh. 

Selawat Al Fatih Selepas Subuh Untuk Lancar Segala Urusan

Maksudnya:

Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada junjungan kami Muhammad, sang pembuka kepada segala yang terkunci, penutup apa yang telah berlalu, pembela kebenaran dengan cara benar, dan pembimbing ke jalanMu yang lurus juga kepada keluarganya sesuai dengan kedudukan dan kapasitinya yang agung.

Caranya : Niat semoga Allah memudahkan dan melancarkan segala kesulitan. Kerana ujian, nikmat, rahmat dan redha datang daripadaNya.

Jika anda sedang dilanda masalah, stress dalam pelbagai ujian hari ini, maka amalkanlah selawat al fatih dan istiqomah. InsyaAllah. Tiada usaha yang sia-sia jika melakukan sesuatu waima hanya dengan sepotong ayat demi kerana redhaNya.

Allah uji sebab Allah sayang!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Mohon izin download gambar selawat utk hafalan & wirid peribadi. Syukran

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close