Beli Manggis Dalam Musim Durian. Orang kata jangan beli manggis time musim durian, sebab harga manggis tengah mahal. Iya ke? Sebenarnya berapakah harga biasa bagi sekilogram buah manggis? Saya pun tak pasti. Sebab saya pernah beli ada yang jual sekilo RM8.00. Ada juga yang jual RM10 sekilo. Hmm.. buah manggis kan berat, uolss rasa sekilo buah manggis dapat berapa biji?
Alhamdulillah. Buah manggisnya cantik, isi penuh dan molek, putih bersih, manis dan mudah dibukak kulitnya. Tak la keras kematu seperti pengalaman yang lepas.
Tapi, kalau dah lama tak makan, sekarang teringin nak makan buah manggis sihitam manis tu, boleh lah beli.
Beli Buah Manggis Dalam Musim Durian
Buah manggis yang saya beli ni 3 kg berharga RM25 dan free delivery. Kalau beli kurang dari 3 kg, kena caj delivery. Kalau tak mau delivery, self pick up je dek non.. mudah je 😁😁 orang berniaga pun ada kosnya. Kita faham tugas masing-masing, cukup lah.
Alhamdulillah. Buah manggisnya cantik, isi penuh dan molek, putih bersih, manis dan mudah dibukak kulitnya. Tak la keras kematu seperti pengalaman yang lepas.
Kita stop dulu beli durian, beralih kepada buah hitam manis dan isi putih ini.. hehe
Beli Manggis Dalam Musim Durian. Dalam keadaan musim pandemik sekarang, ramai yang survive untuk hidup. Bagi peniaga kecil-kecilan.. lagi susah untuk mereka. Jadi, jika ada rezeki lebih, sokonglah mereka dengan cara membeli jualan yang ada.
Kalau rajin, survey dulu mana-mana penjual yang buat lelong jualan buah-buahan. Masa inilah semua buah harganya jauh lebih murah terutamanya buah yang bermusim seperti durian, manggis, cempedak dan lain-lain.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.