Cerita silam itu, tak berdosa bila dikenang. Tak berkudis pun bila disimpan. Juga tak luka berdarah pun bila dilepaskan. Cerita silam jadi bahan sejarah yang tiada siapa pun peduli bila waktu kan berhenti. Ada ketika yang tak bernilai pun boleh melakar tawa kecil di hujung bibir. Cerita silam itu, ada kala menjentik emosi. Cerita silam kita berlainan tema dan jalan cerita.. jadi, biarkan mereka, aku dan engkau menyimpan jika suka, melupakan jika melukai.
Cerita silam itu, sentiasa kekal sebagai ingatan sahaja...
Di kala membaca sebuah novel, hati terdetik cerita yang dilukis oleh penulis tersebut. Bukan mudah melakar bait-bait kata menjadi buku, dan tidak senang menambat hati sang pembaca. Dan ternyata, cerita yang diluah hanya cerita biasa tetapi sehinggalah ia terkena dengan diri kita sendiri. Begitulah hidup dan kehidupannya. Pelakonnya berbeza-beza, tetapi kisahnya tetap ada yang terkena dan sama dengan batang tubuh sendiri.
Jadi, siapa bilang novelis hanya syok sendiri??
Jadi, siapa bilang novelis hanya syok sendiri??
Begitu hidup meninggalkan kita jauh dengan cerita silam itu. Sesekali tertoleh juga kesan tinggalan lalu. Adakah yang tertinggal untuk dikutip semula?
Biar...biarkan ia, jangan toleh ke belakang lagi. Hari ini adalah kenyataan, hadapi dengan seribu kekuatan. Usah gusar cerita silam itu, jadikan landasan dan batasan untuk melompat lebih tinggi.
Bak kata John Wooden, Today is the only day. Yesterday is gone.
Bak kata John Wooden, Today is the only day. Yesterday is gone.
Kita tidak tahu kemampuan untuk melupakan jika kita tidak mencubanya. Betul tak? Melupakan kenangan bukan satu dosa, tidak juga menjadi kudis yang melata jika disimpan ia. Antara kenangan dan cerita silam itu, ada yang boleh dipilih untuk disimpan. Ada yang tak perlu dikenang-kenang. Terutamanya dendam yang tak berkesudahan. Dendam kesumat jangan dibiar diperam di dalam hati. Takut nanti kita yang tidak boleh ke mana-mana, hati semakin kelam. Hidup terhumban ke lembah jahanam angkara dendam.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.