Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dan Kepada Tuhanmu Berserahlah!

Menanti di tebing hari.

Sebuah jawapan telah diurai. Tetapi mengapa hati masih tak bisa menerima hakikat? Mengapa bibir masih penuh mengharap. Apalah agaknya yang masih dinanti. Hari telah pun berganti. Bulan baru tak sabar untuk menjengah. Mengapakah kau masih di situ berteleku?

Mungkin engkau tidak percaya bahawa hari telah berganti. Bukannya terpaku disitu menunggumu untuk bergerak. Jika engkau masih terkedu, aku takut bulan dan mentari pun bosan dengan kerenah itu.

Dan kepada Tuhanmu berserahlah!

Seperti mereka, aku, kamu dan dia... titian ini semakin usang. Tempat kita bergantung harap seolah menceritakan derita yang amat pedih. Jika kita tidak beralih arah dan membina dahan serta teduhan baru, aku bimbang kita ikut basah oleh gelora kehidupan yang kian mengganas. Waktu itu tiba, jangan pula kita menuduh orang lain bersalah!

Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang...


Memang percaturan dan perancangan Allah yang paling indah. Saat kita mencari arah dan tujuan hidup, dia datangkan kita dengan pelbagai pilihan. Justeru, kita lah yang memilih sebuah pelabuhan yang damai untuk kita mulakan sesuatu. Andai emosi yang memimpin jalanmu, aku takut kamu akan menyesal. Gunakan akal dan hati yang tenang demi memberikan arah yang lurus, jalan yang diredai...

Kita sering di berikan pilihan yang betul tetapi mengapa masih memilih lorong gelap bagi meneruskan perjalanan? Di situ, telah ada cahaya terang yang menyinari..

Ikutilah jalan itu, yang telah kekasihmu hiaskan dengan warna warni hijauan, teduh dan nyaman.

Di akhir perjalanan ini aku hanya boleh menyatakan, Dan kepada TuhanMu, berserahlah!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close