Kebaikan Milik 2 Orang Ini, Alangkah Bertuahnya! Semua orang nak buat benda baik walau sekelumit pasti ada terniat dalam diri masing-masing. Takkan sepanjang masa nak fikir jahat je, betul tak? Orang yang tak waras je akan berfikiran sebaliknya.
Lakukan lah kebaikan sebanyak mungkin, kerana kita tidak tahu sampai bila akhir hayat kita ini bertahan? Kerana ajal dan maut hanya Allah yang tahu.
Kebaikan Milik 2 Orang Ini, Alangkah Bertuahnya!
Siapakah 2 orang yang bertuah itu? Apakah istimewanya mereka?
1. Orang yang berbuat dosa lalu mengiringinya dengan taubat. Alangkah mulianya manusia ini, dia tahu dirinya tidak sempurna. Lalu, dia akan segera bertaubat bila telah berdosa. Bukan sahaja dosa besar, itu memang wajib bertaubat nasuha. Inikan pula dosa-dosa kecil kita.. bila manusia itu terus segera bertaubat setelah melakukan dosa, itu lah golongan yang beruntung dan kebaikan akan terus mengiringi. Insya Allah.
2. Orang yang bersegera dalam kebaikan-kebaikan. Iaitu tidak melewatkan bila terlintas untuk bersedekah, nak membantu rakan-rakan dan sahabat atau menemani seorang teman yang sedang bersedih. Bila dia tahu sahabat atau rakan memohon pertolongan, segera ia bertindak berdasarkan kemampuannya. Kemampuan bukan sahaja dari segi wang ringgit atau kebendaan, kadangkala rakan-rakan dan sahabat kita hanya memerlukan bahu untuk bersandar.. itu je. Jadi, jika perkara-perkara berkaitan kebaikan, maka segerakanlah!
Subhanallah!
Fikirlah banyak kali dan seluas-luasnya sebelum melakukan kejahatan, tetapi teruslah bertindak asalkan perkara tersebut membawa kebaikan walau kamu hanya sempat berfikir sesaat cuma.
Renung-renungkan!!
Renung-renungkan!!
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.