Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kerana Kamu Belum Mengerti 

Kerana Kamu Belum Mengerti. Apa-apa pun ketika itu, kamu hanya menuruti. Ketika aku menulis coretan merawat jiwamu, satu ketika nanti, diharap kamu cukup dewasa melewati hari. Duhai anak, duhai putera-putera nyawa kami.. ketika ini kamu belum mengerti. Tak mengapa, andai satu ketika ada kesempatan.. akan aku ajarkan kamu untuk mengerti keajaiban doa, magika tangan seorang ibu!

Kerana Kamu Belum Mengerti


Kerana Kamu Belum Mengerti 


Terdengar suaramu tak ceria, hati di dalam berdetak detik tidak terkira. Mungkinkah kamu ditimpa musibah hinggakan suaramu tidak seceria selalu. Apakah gerangan masalah yang menghimpitmu wahai putera? 

Usah dibiar hati seorang aku di sini berdebar-debar mendengar perkhabaranmu. Hati wanita ini tidak selalunya teguh, kekadang ia ibarat ilalang yang tak betah melawan arus. Dan hati wanita ini seperti halusnya sehelai rambut, mudah terasa tetapi terbiasa dengan keluhan tak gembira hati puteranya. 

Hati ibu mana yang tegar membiarkan putera-puteranya diamuk musibah yang datang tak terduga... 

Ingatlah anak-anak, bahagiakan orang tuamu sebagaimana mereka memberikan kebahagiaan tak berbelah bahagi tika kamu belum mengerti dahulu. Kerana ironinya kamu berada di dalam perut ibu selama 9 bulan 10 hari, selama itulah jerih perih perjalanan dan segala perasaan di kongsi denganmu. 

Jadi, wajarlah jika ALLAH berikan kelebihan hati seorang ibu dapat membaca gerak geri putera dan puterinya. 

 

AJAIBNYA TANGAN IBU 


Ketika kita lapar... tangan ibu yang menyuap,  Ketika kita haus... tangan ibu yang memberi minuman,  
Ketika kita menangis... tangan ibu yang mengesat air mata,  
Ketika kita gembira... tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,  
Ketika kita mengantuk... tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,  
Ketika kita mandi... tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,  
Ketika kita dilanda masalah... tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: Sabar nak, Sabar ye sayang.  


Kerana anak itu, belum mengerti

Namun,  Ketika ibu sudah tua & kelaparan... tiada tangan dari anak yang menyuap,  
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,  
Ketika ibu sakit... di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?  
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...  
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...  di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.  

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood 
(Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)  

**Sumber Facebook

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close