Ketika Cinta Pergi, Hati Jangan Mati. Sukar menyusun kata, apatah lagi melakar bait-bait indah buat hati yang sedang menangis. Walau bergunung kata diluah, pujukan diberi...hati yang menangis sukarnya untuk terpujuk. Biarkan cinta itu pergi, tetapi sayang....jangan biarkan hatimu mati dan kering kerana cinta itu.
Cinta yang hakiki bukan datangnya dari insan yang sama seperti kita, cinta yang abadi bukan wujudpun di muka bumi ini. Cinta manis atau pahit hanya pinjaman dari Illahi. Palingkan wajahmu, senyumlah hati... renungkan sedalam-dalanmya. Siapakah hatimu tanpa belas ikhsan dari Sang Pencipta? Kamu bukan sesiapa jika hidup tanpa hati.
Hanya TUHAN yang memahami hatimu
Ketika cinta itu pergi, jagalah hatimu. Janganlah kau matikan hatimu untuk cinta sementara ini. Pasti ada hati yang indah sedang menunggu untuk dibelai dan dipujuk, dibajai dengan kasih sayang yang Hak, dan melangkah dengan senyuman indah menunggu hari istimewa itu kembali.
Saat kau kenangi perit pedihnya hati dilukai, kau sepatutnya masih bersyukur. Daripada diseksa dizalimi fizikalmu hingga luka-luka nampak di mata...biarlah dilukai dihati. Kesakitan di hati bila cinta telah pergi hanyalah sementara. Pujuklah hatimu yang sengsara dengan mengingati dan memuji-muji sang Pencipta hatimu.
Dengan izinNya, hati kamu kembali bersinar bak kejora di ufuk timur. Bersinar-sinar hingga menyinari jutaan hati yang kontang seperti kamu dahulu.
Dalam hati yang bernyawa, tiupkan rasa-rasa rindu pada si Dia yang memang selalu ada dalam hatimu.
Jangan biarkan hatimu mati, sayang....
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.