KWSP I-Citra Boleh Keluar RM5000. Untuk makluman semua, I-Citra akan menggunakan baki di dalam akaun 2 terlebih dahulu utk tujuan pengeluaran...kalau akaun 2 dah tak ada baki, baru dia guna akaun 1, itu asasnya.
Anda tetap akan dapat RM5,000 jika baki pada akaun 1 dan 2 mencukupi. Jika akaun 1 dan 2 ada tak smpai RM5000, maka baki semasa (Akaun 1 + Akaun 2) tolak 100 (wajib tinggal), Itulah jumlah pengeluaran anda. Surirumah yang masih ada duit dalam akaun KWSP juga boleh memohon utk beli emas. Jangan risau.
Penjelasan lanjut boleh rujuk gambar di bawah...😊
Boleh mula apply atau mohon I-Citra mulai 15 Julai 2021. Pembayaran akan mula di buat dalam bulan Ogos 5 kali bayaran iaitu RM1,000 sebulan . Link >>>> https://icitra.kwsp.gov.my/
KWSP I-Citra kena mohon ya, dia bukan automatik. Kalau anda tak mohon I-Citra, maka anda tak dapat. Jangan tunggu je, last-last melepas..
PERINGATAN!!
Jika betul-betul tiada sumber kewangan, baru keluarkan sebab akaun 2 tu pun penting untuk pendidikan dan kesihatan ahli keluarga pada masa depan, jika diperlukan.
KWSP I-Citra Boleh Keluar RM5000
Sebagaimana di maklumkan , I-Citra akan menggunakan baki di dalam akaun 2 terlebih dahulu utk tujuan pengeluaran...
Kalau akaun 2 dah tiada baki, baru dia guna akaun 1...
Kalau baki akaun 2 anda ada lebih dari RM5,000, maka I-Citra tolak terus dari akaun 2 sahaja. Akaun 1 tidak akan diusik.
Sebenarnya, dari dulu lagi duit dari akaun 2 ni bleh dikeluarkan...tak perlu tunggu Covid-19, akaun 2 bleh guna utk pendidikan, perubatan, bina rumah, pengurangan ansuran bulanan rumah, pengurangan loan rumah, pembayaran ptptn dan banyak lagi.
Kalau akaun 2 tak cukup RM5,000, dia akan tarik dari akaun 1 untuk cukupkan RM5,000 I-Citra tersebut. Faham kan? Paling tidak semua orang akan dapat RM5,000 jika keseluruhan baki akaun ada lebih dari RM5,000 atau mencukupi.
Jika akaun 1 dan 2 ada tak smpai RM5,000, maka baki semasa (Akaun 1 + Akaun 2) tolak 100 (wajib tinggal), maka anda akan dapat duit I-Citra yang telah ditolak RM100 itu. Rujuk gambar bawah.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa ramai mengeluh sebab kwsp bagi akaun 2. Sebenarnya, dari dulu lagi duit dari akaun 2 ini boleh dikeluarkan... tak perlu tunggu Covid-19..
Contohnya jika anda baru beli rumah, maka anda juga bleh ambil ke semua duit dalam akaun 2 utk bayar deposit, bayar lawyer fee, renovate, beli perabot dan sebagainya...
So, akaun 2 jumlahnya sedikit dari akaun 1 dan mengambil masa yang lama jika nak kumpul bagi banyak, sebab pembahagian persen adalah 70 : 30. Caruman kita setiap bulan lebihkan akaun 1 70%.
Tiba-tiba, I-Citra ni guna akaun 2 dulu... that's the reason kenapa orang lain termasuk saya kecewa. Kena faham ni, akaun 1 tak boleh dikeluarkan untuk tujuan lain melainkan dah capai had umur yang dibenarkan... itu polisi KWSP.
Kesimpulannya, kena faham betul-betul, jika akaun 2 dah kosong, maka secara automatiknya anda boleh keluarkan akaun 1 untuk I-Citra. Itu sistem KWSP akan tahu, don't worry!! Melainkan semua akaun tinggal RM100, anda memang tak boleh keluar I-Citra!
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.