Layan Musim Durian Musang King Dan Udang Merah. Hmm.. beli lagi durian selagi namanya musim durian tak habis lagi. Ada macam-macam durian dari negeri berbeza yang saya dah beli, durian IOI Balik Pulau pun dah makan, durian Raub pun dah beli, durian Segamat, Muar, Kulai.. semua pun saya dah rasa. Alhamdulillah.. masih Allah bagi rezeki sikit-sikit rasa durian dalam musim durian ini.
Hari ini saya order durian lagi, kali ni secara online. Keadaan cuaca yang mendung membuatkan saya rasa malas nak keluar rumah. Bila saya pesan nak durian musang king 5 kg dengan udang merah 5 kg, terus dia tunjuk dan timbang buah-buah tersebut.
Tips Elak Badan Panas Selepas Makan Durian
Mudah kan.. sebab sekarang ramai peniaga durian yang buat delivery siap masuk dalam box sekali.
Layan Musim Durian Musang King AA Dan Udang Merah
Durian kami dah sampai.. tak sabar nak rasa dan makan.. hehe, memang kami beli agak banyak tetapi bukan sekali hadap terus habis ya. Bila tak habis makan, kami akan simpan dalam freezer dan biar sejuk macam ais krim durian..
Durian udang merah pula, 1kg harga RM15, jadi 5.3 kg berharga RM80.00. Sebelum ni kami dah beli jugak durian udang merah kat peniaga yang sama, memang sedap.. sekarang pun harga durian udang merah dah turun.
Alhamdulillah. Sementara ada musimnya, makanlah durian puas-puas. Nanti bila dah habis musim, kita berehat la.. ya tak?
Jika anda teringin nak makan durian, boleh juga tunggu harga dia turun lagi dan orang start jual lelong. Masa tu, semua durian harga dah murah. Kebanyakan durian lelong atau longgok pun sedap-sedap. Biasa dah kami beli..
#sekadar coretan santai..
1 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeletedapat melayan durian kayangan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.