Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Siput sedut lemak cili api adalah antara menu yang saya suka tetapi tak pernah masak sendiri. Nak kata resepi dia susah, tak juga. Tetapi saya gagal dalam cara nak bersihkan siput tu. Tak pernah jadi. Haha.. so, setiap kali teringin, saya akan minta orang lain masakkan atau pun beli lauk dah siap. Saya pun tak nak ambil risiko bila dah masak, benda tak jadi. Betul tak?
Tetapi, saya nak simpan juga resepi kat sini di mana ni adalah resepi mak mertua. Beliau memang tukang masak di kantin bertahun-tahun dulu. Jadi, pakar memasak macam-macam masakan..
Nampak sedap dan menyelerakan. Kuah dia nampak macam kuning pedas kan.. tetapi sebenarnya tak pun. Siap boleh hirup lagi. Memang pedas tetapi tak menyengat kat lidah.
Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
1 kg siput - bersihkan dan buang hujung ekornya
15 biji cili padi - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - dititik
1 kotak santan pekat
Sedikit asam keping
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara Menyediakan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Hanya dengan dua langkah mudah, anda dah boleh dapat lauk yang sedap dan pedas menyengat. Hihi...
1. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama santan. Kacau hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan tadi. Masak hingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan gula, daun kunyit, jika suka. Perasakan. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
Cara nak bersihkan siput sedut:
Haa.. tengok gambar di bawah bagaimana caranya nak potong muncung siput sedut tu. Potong guna cutter yea.. hihi
Mudah je kan. Kalau nak makan kenalah usaha.. 😊😊😊
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.