Resepi Ikan Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Buah Kundang. Hmm.. teringat buah kundang ke dah terliur, tu belum lagi makan dan telan. Buah kundang? Tak kenal? Ala.. yang buah mangga kecik-kecik, rasa masam waktu masih muda, bila dah masak.. manis la rasa dia. Boleh makan dengan kulit dia sekali. Ada yang tak kenal buah kundang? Boleh lihat di bawah ya, ada gambar disertakan.
6 ekor ikan keli salai
1 1/2 kotak santan kotak
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Garam
1 tangkai cili merah
4-5 tangkai cili padi - ikut suka pedas
1-2 inci kunyit hidup
1. Basuh ikan bersih dan toskan. Salai atas dapur arang atau beli yang dah siap salai. Ketepikan.
3. Masukkan daun kunyit, garam dan asam keping (pilihan). Bila mendidih, masukkan ikan dan kacau rata sehingga ikan masak. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.
Nota:
Ikan Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Buah Kundang ni sedap dimakan dengan nasi putih panas. Dapat lauk ni pun dah cukup bagi saya, tak ada sayur pun tak apa..
Gambar buah kundang luar dan isinya. Kalau yang warna oren tu kundang madu.. |
Resepi Ikan Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Buah Kundang
Bahan bahan:
6 ekor ikan keli salai
1 1/2 kotak santan kotak
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Garam
10 biji buah kundang/ belimbing buluh
Bahan tumbuk
Bahan tumbuk
1 tangkai cili merah
4-5 tangkai cili padi - ikut suka pedas
1-2 inci kunyit hidup
Cara cara masak Ikan Keli Salai Lemak Cili Api Dengan Buah Kundang
1. Basuh ikan bersih dan toskan. Salai atas dapur arang atau beli yang dah siap salai. Ketepikan.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk dengan sedikit air supaya cili masak. Masukkan air secukupnya dan santan. Kacau rata supaya santan tidak berketul. Masukkan buah kundang yang di belah 2 @ belimbing buluh. Biarkan ia lembut/ masak.
3. Masukkan daun kunyit, garam dan asam keping (pilihan). Bila mendidih, masukkan ikan dan kacau rata sehingga ikan masak. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.
Nota:
Saya suka kuah masak lemak yang sedikit pekat. Sedap digaul gaul dengan nasi putih panas panas. Sangat sedap.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.