Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sebab Rezeki Suami Selalu Hilang Dan Gagal Menyimpan

Sebab rezeki suami selalu hilang dan habis. Walau kerja bertungkus lumus namun tak ada simpanan langsung. Dapat gaji besar dan overtime lagi, tetapi bila anak dan isteri minta duit, asyik tak ada. Jawapan mudah, "tunggu gaji nanti." Takkan sekelumit pun tak ada duit dalam wallet? Betul tak? Suami macam itu memang akan bermasalah dalam masa depan. Apa jadi bila anak-anak semakin dewasa dan memerlukan belanja persekolahan mereka? Siapa yang akan bantu? Adakah anak-anak kena korbankan cita-cita dan impian mereka?

Itulah masalah lelaki atau suami zaman sekarang. Yang diutamakan adalah nafsu sendiri, dah tua-tua masih bermain game di telefon, utamakan kawan-kawan berbanding anak dan ahli keluarga sendiri. Apa kita nak buat dengan orang lelaki atau suami seperti itu? Fikirkanlah!!

Sebab Rezeki Suami Selalu Hilang Dan Gagal Menyimpan


Sebab Rezeki Suami Selalu Hilang Dan Gagal Menyimpan


1. Sering bergaduh 


Suami yang sering bergaduh dengan anak-anak, isteri dan kawan-kawan, memang susah nak dapat rezeki yang berkat dan cukup. Bila sering bergaduh, ia menyebabkan hubungan semakin renggang dan orang dah malas nak melayan kita lagi. Bila hubungan dengan manusia tidak dijaga, Allah pun murka. 

2. Rasa anak adalah beban 


Usah sesekali anggap anak adalah beban. Setiap anak ada rezeki masing-masing yang telah Allah jamin dari dalam perut lagi. Layani anak dengan baik dan bahagiakan mereka setiap masa. Anggaplah setiap apa yang kita berikan pada anak-anak samada berbentuk kasih sayang dan wang ringgit, sebagai sedekah kita kepada mereka. Kita dapat 2 ganjaran kat situ iaitu pahala sedekah dan juga pahala membahagiakan mereka dengan kasih sayang. Ingat tu, anak bukan beban!!

3. Kedekut dengan isteri dan anak-anak 


Satu sifat yang teruk dan tak boleh diterima adalah apabila sang suami kedekut ya amat dengan anak dan isteri sendiri! Itu memang saya pantang betul! Ramai yang terjadi depan mata sendiri, tapi kalau dengan kawan atau orang luar, bukan main pemurah. Sebab itu, suami akan susah nak dapat rezeki bila kedekut dengan keluarga sendiri. Cukupkan dulu belanja rumah untuk isteri dan anak-anak, barulah boleh nak pemurah dengan orang luar sesudah itu.

4. Selalu mengeluh dengan apa yang dimiliki


24 jam kerjanya asyik mengeluh. Itu tak betul, ini tak betul, orang tu salah, orang ni buat hal.. semua dia keluhkan. Sepatutnya keluhan tu tukar kepada zikir, insya Allah hati akan tenang. Tak jadi nak mengeluh dah lepas tu, sebab rasa kecukupan dengan apa yang Allah beri. Kalau diuji kena bersabar, kalau diberi nikmat terus bersyukur. Itulah hamba yang Allah sayang. Rezeki pun tak hilang..

Jika kamu mengeluh bahawa Allah memberimu ujian terlalu berat, kamu gagal melewati ujian itu. Maka bersabarlah! Yakin dengan bantuan Allah akan hadir dalam waktu yang tepat!!

5. Gagal kawal marah dan emosi 


Satu lagi sebab suami hilang rezeki adalah kerana panas baran dan marah tak tentu tempat. Suka hati nak marah anak @ isteri di khalayak ramai. Anak isteri jadi malu dengan orang sekeliling. Tidak bolehkah anda bersabar duhai suami, perbanyak istighfar boleh menahan marah. Itu amalan sahabat Nabi selalu amalkan. Berubah jadi lebih baik dan jadi pendengar setia anak-anak dan isteri bukannya rugi. Buang ego jauh-jauh dan pandanglah ahli keluarga anda dengan hati yang lembut dan penuh kasih sayang.

6. Kurang sabar


Iya, kurang sabar menjadikan seseorang mudah putus asa dan patah semangat dalam kehidupan. Bila diuji sikit, terus tak nak teruskan perjuangan. Sepatutnya bila diuji kena berganda sabarnya. Orang yang sabar ni Allah sayang. Orang yang sabar mudah hilang peluang dan menjadikan rezeki pun susah nak lekat.

7. Tidak solat dan malas berdoa 


Solat adalah tiang agama untuk orang islam. Bila hidup mengamalkan suruhan Allah dan amalan sunnah, insya Allah rezeki akan hadir dalam waktu dijangka dan dari sumber yang tidak disangka-sangka. Para suami akan hilang rezeki dan sukar nak menyimpan jika hidup tanpa arah tujuan dan melakukan perkara yang sia-sia. Berubahlah hidup ke arah yang lebih baik dan melakukan suruhan Allah. Berdoalah jika berkehendak sesuatu, kerana setiap suami ada "super power" yang dipanggil doa. 

Sebab Rezeki Suami Selalu Hilang Dan Gagal Menyimpan

Sebab rezeki suami selalu hilang dan habis. Diharap perkongsian di atas dapat menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini. Jadikan ia panduan hidup dalam membuang sifat ego dan sombong tetapi sebaliknya menjalani kehidupan berpandukan al Quran dan sunnah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close