Maksud Warna Najis Bayi. Ada banyak warna najis bayi ya, bukan satu atau dua yang anda pernah nampak. Kalau ikut pengalaman saya, bayi saya dulu najisnya 2 warna je samada kuning atau coklat gelap. Hehe.. anda pula bagaimana? Ada pengalaman mengerikan? Boleh share pada komen ya..
Ibu bapa perlu ambil tahu tentang warna-warna najis bayi agar dapat mencari penyelesaiannya. Bila warna najis bayi berbeza dari biasa, pastikan bayi anda mendapat rawatan sewajarnya bagi mengelakkan masalah kesihatan lainnya.
Warna Najis Bayi Dan Maksudnya
1. Hitam Kehijauan
Najis ini normal dan selalu didapati pada bayi newborn sehingga 3 bulan. Najis ini sedikit melekit dan dinamakan mekonium 😊
2. Kuning Mustard
Bayi yang menyusu susu ibu sahaja. Jika bayi tidak membuang najis selama 5-10 hari tanpa gelaja demam, sakit perut dan menyusu seperti biasa adalah normal 🥰
3. Kuning Coklat
Bayi yang menyusu susu formula. Bayi mesti membuang najis setiap hari, jika tidak dikuatiri sembelit atau jenis susu formula yang tidak sesuai.
4. Hijau
Bayi yang diberi supplemen zat besi untuk menambah darah.
5. Merah
Bayi menyusu tertelan darah daripada puting luka. Segera membawa bayi berjumpa pakar kanak-kanak.
6. Putih
Segera bawa berjumpa pakar kanak-kanak kerana membuang najis tidak berwarna bermaksud mempunyai masalah pada organ hati dan hempedu (bukan keturunan mahsuri ya)
7. Mukus
Berlendir dan seperti cirit-birit. Kemungkinan bayi dijangkiti bakteria. Perlu dipandang serius kerana boleh membawa masalah dehidrasi.
8.Coklat Gelap
Jika mama dapati anak membuang najis berwarna coklat gelap, tahniah anak mama sudah menjadi seorang kanak-kanak yang berjaya 😇
Mama Papa kena ambil tahu ❗
Perkongsian yang menarik di atas diharap dapat memanfaatkan ibu dan ayah di luar sana terutamanya bagi mereka yang baru sahaja mendapat anak pertama. Pastinya ia satu pengalaman yang baharu dan memerlukan rujukan dan info yang berkaitan. Simpan data ini sebagai rujukan nanti barulah tak confius.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.