Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aku Makan Separuh Sahaja

Aku Makan Separuh Sahaja. Ikuti kisah pengajaran dan renungan. Kisah semut yang tawakkalnya hanya kepada Allah, bukan manusia. Alkisahnya, untuk kita renung-renungkan. Sekiranya, kita diberi janji oleh si polan dan sipolan bahawa dia akan memberikanmu wang sejumlah yang besar dalam masa 10 tahun akan datang. Adakah kamu akan percaya? Adakah kamu akan menghabiskan wang itu sementara menunggu si polan itu memberikan janjinya? Adakah kamu percaya? Renungkanlah!!

Aku makan separuh sahaja


Aku Makan Separuh Sahaja


Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut. 

"Berapakah rezeki kamu dalam setahun?"

Semut menjawab, "Sebutir biji gandum."

Maka Nabi Sulaiman a.s pun mengambil semut dan di letakkan di dalam sebuah botol bersama sebutir biji gandum.

Nabi Sulaiman a.s menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat. Genap setahun Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini? Kenapa tidak engkau habiskan semuanya?"

Semut pun menjawab, "Kerana tawakalku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum. Aku amat yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakanku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja. Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakanku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya."

-sumber dari Mastika Jun 2008-

Tawakkaltu 'alallah.. begitulah hendaknya. Keyakinan dan tawakkal kita hanya kepada Allah SWT. Biar dah habis beribu, biarpun telah kering airmata usaha dan ikhtiar kita, akhirnya kita tunduk dan redha kepada apa-apa takdir yang dijalani. Kerana.. jika Dia berkata "jadilah, Maka jadilah ia."
 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close