Cinta Seorang Pemalu. Tiada yang lebih berharga dalam diri seorang mukmin selain dari sifat malunya. Malu adalah sebahagian dari iman. Malu dapat menyelamatkan diri, malu juga dapat menambahkan ganjaran dariNya. Kalau dah tak malu? Tepuk dada dan kepala la jawabnya..
Cinta Seorang Pemalu | Melihat kelibat sidia berlalu di depan mata, muka merah menyala bak cili terbakar. Hendak dipandang takut berdosa, tidak dipandang dikata berlagak! Cuma memandang sipi dan berlalu. Harap sidia faham. Rasa takut menghampiri dosa menjadikan aku sangat pemalu.
Siapa bisa bantu? Teguhkah iman nan senipis kulit bawang ini? Hai iman dalam dada dan akal, apakah mataku kan tercela jika memandang sidia. Aku sangat pemalu! Maafkan aku bertanya padamu iman... teguhkah kamu berdiri di dalamku... hanya aku yang bisa bertanya begitu.
Aku sangat pemalu, memandangMu sang Pencipta. Sebentar tadi aku telah berbuat dosa. Kerana cinta dan bahana mata, aku menambah seksa pada tubuh dan roh yang kau tiupkan buatku. Sikap pemaluku ini, apakah akan tercela oleh fikiran dusta manusia?

Dari Abu Sa'id Al Khudriy radliallahu 'anhu berkata;
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang lebih pemalu dari pada anak gadis perawan yang dipingit di kamarnya". Telah bercerita kepadaku Muhammad bin Basysyar telah bercerita kepada kami Yahya dan Ibnu Mahdiy keduanya berkata telah bercerita kepada kami Syu'bah seperti hadits ini;"Dan apabila beliau tidak menyukai sesuatu maka dapat dikenali dari wajah beliau". (HR. Bukhari)
Dari Abu Said Al Khudri RA, dia berkata, "Rasulullah SAW sangat pemalu melebihi seorang perawan dalam pingitannya. Apabila beliau tidak menyukai sesuatu, maka kami dapat mengetahui dari raut wajah beliau." (HR. Muslim)
Ya ALLAH! Salahkah jika aku malu begini? Tersangat pemalukah aku?
Ya ALLAH! Salahkah jika aku malu begini? Tersangat pemalukah aku?
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.