Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dapat Buah Pulasan Dan Dokong Dari Kawan Baik

Dapat Buah Pulasan Dan Dokong Dari Kawan Baik. Nikmatnya dapat makan buah kegemaran, lebih nikmat dan syukur bila dapat percuma pulak tu..

Buah pulasan nya segar, isi tebal dan manis rasanya. Kawan baik saya ni memang ada tanam pokok pulasan di rumahnya. Memang elok benar kejadiannya. Alhamdulillah.

Dapat Buah Pulasan Dan Dokong Dari Kawan Baik

Buah pulasan berwarna merah kehitaman, isinya tebal, besar dan manis! Ada yang juicy dan ada juga yang kering isinya, kurang berair. Tetapi yang pasti, pulasan percuma ini memang berbaloi dimakan.

Dapat Buah Pulasan Dan Dokong Dari Kawan Baik

Dapat juga buah dokong, manis juga rasanya. Banyak semut pulak tu.. orang tua-tua kata buah yang banyak semut tu sedap dan manis isinya. Betullah tu.. 😁😅


Dapat Buah Pulasan Dan Dokong Dari Kawan Baik


Bila musim durian dah nak berakhir, datang la pula musim cempedak, pulasan, rambutan,,dokong dan lain-lain buah tempatan yang sedap-sedap.

Minggu lepas beli buah cempedak lagi. Separuh dimakan dan separuh lagi buat goreng cempedak.

Kali ni ada rezeki kita makan buah pulasan dengan buah dokong.


Siap ada tangkai lagi, memang petik dari pokok dan terus bawak datang opis bagi kat kekawan ni. Terima kasih kawan baik.. ❤

Dapat Buah Pulasan Dan Dokong Dari Kawan Baik



Coretan Dapat Buah Pulasan Dan Dokong Dari Kawan Baik sekadar coretan penghargaan kepada kawan baik yang rajin memberi seikhlasnya. Memberi lebih baik dari menerima, lain hari giliran kita pula memberi ya.. 👍

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close