Dia Pencipta Bahagia Yang Kau Cari. Yang menciptakan jua duka dan lara. Lalu dari pengalaman itu, kamu mengejar bahagia. Namun, tak semudah tiupan angin sepoi itu bahagia datang. Ia selalunya dikecapi dengan onak dan duri, ribut taufan.. yang akhirnya melabuhkan kamu pada daratan yang indah dan nyaman. Dalam liku perjalanan itu, kamu telah pelajari, syukur dan sabar membuahkan bahagia dihati dan jiwa yang tidak terbeli dek wang dan ringgit. Peluk erat bahagia itu dengan terus mensyukuri apa jua, badai dan angin sepoi kerana kamu telah faham. Bahagia itu dari diri sendiri yang mencoraknya.
Baca juga:
Dia Pencipta Bahagia Yang Kau Cari
Apakah anda sedang mencari bahagia? Sudahkah ketemu dengan apa yang anda cari? Namun jika belum bertemu dengan bahagia yang diimpikan, usahlah berputus asa.
Jika hati sedang rawan dan bersedih, jika hidupmu tidak bahagia, usahlah berpaling kepada kesedihan. Ia tidak boleh menjawab pertanyaan hatimu tentang bahagia. Yang mencipta bahagia hanyalah ALLAH. Yang memberikan kebahagiaan juga DIA yang maha Pengasih. Cuba tanyakan padaNya, meminta padaNya dan jawapannya akan ditemui nanti dalam pelbagai cara.
Bukankah sudah banyak sangat bahagia yang kau hirup hinggakan kau terlupa untuk sesekali menangis menghadapNya?

Kadangkala tangisan itu adalah satu kebahagiaan yang DIA ciptakan agar luruh segala sengsara yang sedang ditanggung.
"Don't cry because its over, smile because it happened." - Dr Seuss
Jika sesekali ada kebahagiaan datang berkunjung, pastikan kau cari jawapannya dengan bertanya pada sang pencipta bahagia itu. Haruskah itu dan ini jalan yang dipilih. In sha Allah, DIA memberikan panduan yang indah pada lorong waktu yang kau hadir di dalamnya.
Itulah dia Pencipta Bahagia yang tidak pernah gagal memberikan kau kebahagiaan...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.