Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hujan Pagi Tanpa Pelangi


Hujan pagi. Burung-burung pun tak sempat sembunyi. Basah kuyup di ranting-ranting. Dalam sejuk kelaparan pula, kasihan...

Hujan pagi. Ditemani secawan kopi. Di tepi jendela dapur. Menatap rintikan hujan yang deras.. laksana membasuh dosa semalam. Harap lenyaplah ia dari catatan amal. Tinggallah segala kebaikan yang memberati timbangan amalku nanti.


Hingga kini. Hujan lagi. Bertapa dalam bilik pejabat. Tadi di jalanan, kereta-kereta pun ikut dingin, berjalan ikut haluan. Maklumlah! Kan hujan..

Hujan pagi bukanlah pagi lagi. Waktu sedang merangkak ke tengahari. Pun hujan belum berhenti. Ada pula tanda-tanda hujan akan berlarutan kerana awan putih ratanya segenap alam. Hujan dan hati. Ibarat kaitan dunia yang sepi. Bila hujan turun tak berhenti, sesekali hati terusik dengan sunyi. Nak dengar burung bernyanyi jauh sekali.

Mengantuk.

Bila hujan pagi, tetiba mata pun ikut hujan di pagi hari. Tak boleh dibuka pula mata ini. Toleh pada rakan-rakan yang sedang berselubung dalam dingin penghawa, begitu rasa mengantuk semakin melambai-lambai. Hujan, tolong berhenti?

Hujan pagi kenapa kau datang tanpa pelangi? Bukankah hidup ini berwarna warni umpama sang pelangi. Tanpa pelangi mengiringi hujan, rasa tak sempurna pula hujan pagi ini.

Tetapi siapakah kita untuk berbicara penuh angkuh kerana DIA maha mengetahui mengapa hujan pagi turunnya tanpa pelangi....

Hujan pagi,
aynora.nur  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close