Lunch Dengan Kari Ayam Dan Keli Goreng Berlada. Lauk pauk kampung faveret kami ni termasuklah dengan bujang kecik kami semenjak belajar di MRSM Mersing.. pandai dah makan ikan keli. Hehe.. dulu kalau kami goreng ikan keli dikatanya pelik lah ikan ni, sekarang dia yang kaki ratah ikan keli goreng garing.
Lunch Dengan Ayam Kari Dan Keli Goreng Berlada. Keli goreng berlada sedap goreng garing-garing kemudian tumis sekejap dengan cili hidup dengan cili padi dan bahan-bahan yang lain. Kalau kena gayanya, mau habis 2 pinggan nasi.
Ayam masak kari simple, masak lama sikit atas api biar ayam tu lembut betul. Kemudian kita boleh ratah tulang temulang dia sekali. Bestnya!!
Lunch Dengan Ayam Kari Dan Keli Goreng Berlada
Bila lihat menu lauk pauk kampung di bawah ni, perut kenyang pun rasa lapar. Lepas tu, inilah kali pertama makan tengahari kami dengan anak sulung yang baru sampai di rumah kerana cuti semester. Alhamdulillah. Sedap, kata dia.. rindu masakan Malaysia..
Keli goreng berlada, mudah nak sediakan dia. Kalau nak resepinya, boleh tengok kat atas tu..
Selamat memasak semua.. 💖😁😁
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.