Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Cucur Bawang Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Cucur Bawang Yang Sedap Dan Mudah. Cucur bawang, atau orang panggil jemput-jemput bawang memang sedap, jadi antara sarapan pilihan utama di rumah-rumah orang Malaysia. Siapa la yang tak pandai buat jemput-jemput, kan?

Oleh kerana kami suka makan jemput-jemput, jadi kami komgsikan cara kami buat cucur atau jemput-jemput guna tepung cucur adabi. Tepung cucur bawang adabi boleh di beli di kedai ya.

Resepi Cucur Bawang Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Cucur Bawang Yang Sedap Dan Mudah


Resepi Cucur Bawang Yang Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:

1 bungkus tepung cucur bawang dan tepung cucur bilis adabi
1 biji bawang merah - hiris halus
3 tangkai daun sup - hiris halus
3 biji cili padi - hiris halus
Segenggam ikan bilis 
Sedikit garam dan air sejuk
Minyak untuk menggoreng

Resepi Cucur Bawang Yang Sedap Dan Mudah


Cara menyediakan cucur bawang yang sedap


1. Campurkan kedua-dua tepung adabi tersebut dan gaul rata. Masukkan air garam yang dilarutkan dalam air sejuk dari peti ais. Gaulkan hingga jadi cair bancuhan tersebut.

2. Masukkan segala bahan hiris iaitu bawang, ikan bilis, daun sup dan cili padi. Kacau dan gaul rata dalam tepung tadi.

3. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan atau ikut suka kegaringan masing-masing.

4. Angkat dan toskan.

Resepi Cucur Bawang Yang Sedap Dan Mudah

Siap untuk dihidangkan, makan cicah dengan sos cili.

Okay, selamat mencuba. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Wak tak suka yang ada cili api tu
    Kalau tergigit, terkeluar air mata menahan pedas

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close