Resepi Ikan Siakap Masak Guna Pes Asam Pedas. Kali ni saya nak share masak asam pedas guna pes asam pedas, hihi.. kiranya masak asam pedas cara segera. Oleh kerana asyik kena masak je ketika musim pandemik covid-19 ni, saya jadi dapat idea beli pes segera setiap masakan seperti pes kari, kurma, pes tomyam, pes asam pedas dan banyak lagi. Haha.. geliga tak otak eden.. (pemalas sebenornya)
1 paket pes asam pedas (tak kisah jenama apa) - kisar sebentar jika biji cili tu masih belum hancur)
2 batang serai - diketuk
Daun kesum beberapa tangkai
Garam dan gula secukupnya
Bendi / tomato sebagai hiasan
1. Ikut arahan di belakang pes segera tu ya..
2. Panaskan kuali, letak sedikit minyak je. Sebab dalam pes segera tu dah bubuh minyak
3. Tumis sekejap serai tadi hingga naik bau. Kemudian tumis sekejap pes segera tu.
4. Masukkan 1 liter air dan kacau rata. Masukkan daun kesum secukupnya
5. Bila dah mendidih, baru masukkan ikan siakap dan kacau perlahan.
6. Perisakan dengan garam dan gula.
7. Bila ikan dah masak (sekejap je), matikan api. Asam pedas siakap anda dah siap untuk dihidangkan.
Resepi Ikan Siakap Masak Guna Pes Asam Pedas ni teramatlah mudah, cepat dan rasa dia memang jadi macam kita selalu buat. Rasa masam, manis semua cukup. Tapi kena letak daun kesum ya, baru keaslian rasa asam pedas dapat dinikmati.
Kita mulakan dengan pes asam pedas, yang jadi mangsanya adalah ikan siakap. Dah itu je ikan yang ada dalam freezer. Hihi..
Resepi Ikan Siakap Masak Guna Pes Asam Pedas
Bahan-bahan:
2 batang serai - diketuk
Daun kesum beberapa tangkai
Garam dan gula secukupnya
Bendi / tomato sebagai hiasan
Cara menyediakan siakap asam pedas guna pes segera
2. Panaskan kuali, letak sedikit minyak je. Sebab dalam pes segera tu dah bubuh minyak
3. Tumis sekejap serai tadi hingga naik bau. Kemudian tumis sekejap pes segera tu.
4. Masukkan 1 liter air dan kacau rata. Masukkan daun kesum secukupnya
5. Bila dah mendidih, baru masukkan ikan siakap dan kacau perlahan.
6. Perisakan dengan garam dan gula.
7. Bila ikan dah masak (sekejap je), matikan api. Asam pedas siakap anda dah siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. Bagus untuk ibu-ibu yang terlalu sibuk dengan WFH dan sebagainya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.