Resepi Telur Bistik. Dengan daging yang melimpah ruah, insya Allah rezeki kita ikut melimpah ruah. Aamiin.. ni lauk kegemaran anak bujang saya yang sulung tu. Kalau makan kat luar mesti mintak telur bistik atau telur bungkus. Ada je menu ni dalam hidangan dia. Kita ikut je yang penting habis dimakan.
Telur bistik boleh digayakan macam-macam. Makan macam tu je letak atas telur pun boleh. Ada juga yang bungkus dalam telur. Itu dipanggil telur bungkus.. hehe
Untuk resepi di bawah ni, tak payah letak sayur campur pun tak apa. Dengan bawang besar tu pun dah sedap.
Resepi Telur Bistik Daging Melimpah Ruah
Telur Bistik daging melimpah ruah. Tak ada idea nak masak apa jom cuba telur bistik. Lauk yang easy, anyone can try!!
Bahan-bahan
2 biji telur
2 keping daging burger ( boleh tukar dgn daging kisar)
3 biji cili
1 biji bawang besar
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Serbuk lada
Kicap manis pedas mahsuri @ lain-lain jenama
Baca juga:
Cara-Cara penyediaan telur Bistik
1. Buat telur dadar garing-garing, ketepikan.
2. Goreng bawang dengan cili hingga naik bau
3. Masukkan 2 keping daging burger, kacau rata. Boleh ganti dengan daging hancur. Gaul sampai daging hancur
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit serbuk cili dan kicap manis
5. Akhir sekali, tambah sedikit air. Perisakan. Letakkan gorengan daging kisar di atas telur dadar. Balut kemas.
#tak nak balut pun tak apa..
Siap! Boleh makan dengan nasi putih. Makan macam tu je tanpa lauk lain pun dah sedap. Lauk ni budak-budak bujang suka lah. Lauk yang simple tapi sedap!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.