Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Pau Tanjung Yang Lembut Gebu

Sarapan Pau Tanjung Yang Lembut Gebu. Sarapan apa hari ini? Karipap lagi? Hmm.. kalau dah suka dan amat gemar makan karipap, makan je la. Tekak kita yang nak makan, betul tak? Saya pun suka karipap atau epok-epok, tetapi pagi ini kami sarapan pau pulak. Pau frozen brand Tanjung, so kita panggil pau tanjung je.. 

Saya pandai ke buat kuih pau? Pau yang lembut gebu ni, bukan pau sambal.. hehe, jawabnya pandai je. Saya pun pernah share dulu - resepi pau gebu lembut, tetapi step by step nak buat dia agak leceh, maka lebih baik saya beli yang frozen punya. Betul tak?

Namun ada juga yang menjual pau di gerai-gerai tepi jalan waktu pagi untuk sarapan tetapi menhidangkan hasil yang mengecewakan. Kita berniaga biarlah jujur ya..


Pau tanjung frozen, comel-comel saiz dia mudah dimakan. Anak-anak sememangnya suka akan pau tanjung ni atau apa-apa jenama pun. Asalkan hasilnya selepas dikukus ia jadi lembut gebu di luar dan di dalam. 



Sarapan Pau Tanjung Yang Lembut Gebu


Pau tanjung ada banyak perisa tetapi kami beli perisa kacang merah dan coklat. Itulah kegemaran seisi rumah. Hehe..

Kami beli yang frozen punya kemudian buat stok untuk mudah nak sediakan sarapan pada family. 



Nampak tak pau tanjung yang gebu gebas tu. Mudahnya nak buat dia, kukus 2 minit je, dah boleh dimakan. Anggaran 2 - 5 minit tu boleh dah dimakan begitu saja.. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close