Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Zikir Hari Jumaat - Ya Allah

Zikir Hari Jumaat - Ya Allah. Zikir maksudnya mengingati Allah. Ia dilakukan berulang-ulang menyebut dan memuji Allah Yang Maha Besar, Pengasih dan Penyayang. Jika kita kasihkan Allah, percaya segala takdir yang ditimpakan ke atas kita adalah atas kehendak dan rencananya, maka ketepikan sedikit masa untuk mengingatinya bersungguh-sungguh dengan berzikir. Paling tidak, selepas solat fardhu, bacalah 33 kali zikir tersebut. Jika ada 5 waktu, anda dah buat 165 kali dengan mudahnya. Senang kan?
 

Zikir Hari Jumaat - Ya Allah

Jadi, apa amalan yang menenangkan hati tetapi mudah je nak buat. Tak perlu modal, tak payah pergi jauh-jauh untuk nak merawat hati yang risau tanpa sebab. Apa caranya? Zikir, ya... dengan berzikir maka hati jadi tenang.

Zikir Hari Jumaat - Ya Allah 


Marilah sama-sama kita buat amalan yang mudah ini sebagaimana yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali, tak ada had masa dan tak perlu tempat istimwewa. Cukup dengan hati yang ikhlas dan penyerahan jiwa kepada Yang Maha Berkuasa. 

يا الله

 Ya Allah


Bacalah 1,000 kali sehari

Bacaan zikir Ya Allah yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Jumaat, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah.

4 Kelebihan Zikir Ya Allah


1. Mengamalkan sebanyak 5000 kali setiap malam. In sha Allah hajatnya tercapai.
2. Membaca sebanyak 5000 kali setiap hari. In sha Allah akan dimurahkan rezeki.
3. Membaca Sebanyak 66 kali selepas solat Fardhu selama 66 hari. In sha Allah sentiasa mendapat kebaikan.
4. Membaca secara Istiqamah akan memperolehi sifat positif.

ASMA HUSNA "INDAHNYA NAMA ALLAH".
Surah Al-A'raf :180

"Hanya milik nama² yang terbaik. Maka bermohonlah kepadanya dgn menyebut nama-namanya itu".

Zikir boleh diamalkan bila-bila sahaja atau hari apa sekalipun. Namun asbab disenaraikan zikir Ya Allah sunat dilazimi dibaca pada hari Jumaat supaya kita dapat membahagikan ia mengikut masa yang kita sempat. Namun jika dalam satu hari kita mampu membaca semua zikir yang diharuskan itu, maka amalkanlah semampu kamu.

Fadhilat dan kebaikan berzikir

Ada banyak kebaikan dan fadhilat apabila kita berzikir memuji dan menyebut nama Allah walau di mana kita berada. Saya ringkaskan seperti di bawah:

1. Allah sentiasa mengingatinya
2. Menghalau syaitan
3. Menanam rasa syukur
4. Menambah cinta kepada Allah
5. Membersihkan hati
6. Membuang kebimbangan
7. Mendapat kebaikan di dunia
8. Mendapat ganjaran dari Allah
9. Mendapat kebaikan di akhirat 

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang luas dan banyak kepada kita semua. Jika sebelum ini kita malas nak buat, tak tahu nak susun zikir kita, maka diharap mulai sekarang kita dah mula bergerak. Kita ni pendosa yang nak ke syurga, jika tak dapat menandingi amalnya ulamak, jadilah kita seorang pendosa yang menangisi kisah silamnya dan mengharapkan ampunannya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close