Akhirnya Dapat Merasa Chicken Mango Yang Viral! Mahal ke chicken mango kat tempat korang? Sedap tak? Sebab, bila terlintas nak order, mesti dah sold out. Macam gini kena buat sendiri gayanya..
Nanti bila dah dapat resepinya, saya akan kongsikan kat blog. Nampak gaya memang simple je nak buat.
Akhirnya Dapat Merasa Chicken Mango Yang Viral!
Sudah banyak kali saya cuba order chicken mango dari beberapa seller, tetapi sold out je. Akhirnya hari ini Allah izinkan kami dapat merasainya.
Memang betul orang kata, rasa chicken mango memang sedap! Rasa masam manis mangga dengan cili sos Thai yang istimewa dan kacang tanah tumbuk di tabur di atasnya.. memang rare rasanya. Waktu menulis entri ni pun masih terliur lagi dalam mulut ni.. haha
Mangga @ mango yang uolss nampak dalam gambar ni teramatlah lembut bila dikunyah. Apakah rahsianya? Apa bahan perapan dia ek??
Selain order chinken mango, kami order jugak nasi ayam penyet, guna ayam daging rasanya. Nampak luarannya macam keras kematu tetapi sebaliknya.. ayam penyet tu dimasak dan di goreng lembut. Tulang dia rangup gitu.. sempat meratah tulang ayam tadi.
Gitulah sedikit kisah dinner kami dengan menu chicken mango viral dan nasi ayam penyet yummy!!
1 Comments
Sedapnya!!!
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.